BN meterai perkongsian bersejarah dengan Hindraf
19 April 2013
KUALA LUMPUR - Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf hari ini menjalin
satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap
membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13).
Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy meminta
masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya
umum nanti.
Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum
persefahaman
(MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.
Mou digelar 'Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat
India' ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor
dan Waythamoorthy.
dan Waythamoorthy.
Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan
taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa
kewarganegaraan dan
peluang pendidikan dan perniagaan.
peluang pendidikan dan perniagaan.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan
perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era
baru dalam
hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan
tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk
rakyat.
Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.
"Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda
dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk
sama seperti
'Arab Spring' menjadi 'Arab Winter'," katanya.
'Arab Spring' menjadi 'Arab Winter'," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.
Najib berkata, masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak
mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.
Najib berkata, masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak
mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.
"Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu
keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah
konsep 1Malaysia dan
ini termasuk penduduk kaum India.
ini termasuk penduduk kaum India.
"Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan
Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum
India akan
dilaksanakan. - Bernama
dilaksanakan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment