Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

 Keluarga arwah Aminulrasyid saman kerajaan, polis RM50j

Oleh Md Izwan
April 17, 2013
Surendren bersama keluarga arwah Aminulrasyid di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam 17 April, 2013. – Gambar oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 16 April — Keluarga arwah Aminulrasyid Amzah hari ini memfailkan saman sivil ke atas polis dan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana menyebabkan pembunuhan menyalahi undang-undang remaja tersebut pada 2010.

Dalam writ saman yang difailkan plaintif, yang terdiri kakak mangsa Nor Azura Amzah dan ibu kepada arwah Norsiah Mohamad, menamakan anggota polis Korporal Jenain Subi dan bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar - kini merupakan timbalan ketua polis negara - sebagai defendan pertama dan kedua.

“Saman yang difailkan hari ini adalah kerana pihak polis sengaja melanggar hak asasi adik Aminulrasyid.

“Selepas tiga tahun, tiada sesiapa yang dihukum. Malahan, tertuduh yang didakwa juga telah dibebaskan,” kata peguam keluarga arwah Aminulrasyid, N Surendran pagi ini di lobi mahkamah.

Surendran juga menjelaskan tindakan Khalid ketika itu yang membuat kenyataan fitnah dan jahat mengatakan Aminulrasyid adalah penjenayah juga antara sebab utama saman hari ini difailkan. Khalid tidak pernah meminta maaf ataupun membayar ganti rugi.

“Malah, dia mengeluarkan kenyataan fitnah dan jahat menuduh adik Aminulrasyid sebagai penjenayah walhal semasa perbicaraan tiada bukti mengatakan sedemikian,” tambahnya.

Surendran menerangkan asas saman sivil tersebut adalah kerana defendan telah cuai dan menyerang mangsa tanpa mengikut piawaian prosedur yang ditetapkan (SOP) pihak berkuasa tersebut.

“Dua asas saman ini ialah kerana pihak polis telah cuai semasa menjalankan tugas dan membuat serangan tidak mengikut SOP dimana tembakan telah dilepaskan secara bertubi-tubi.

“Malahan, pihak polis telah menembak tayar kereta mangsa,” terang Surendran lagi.
Surendran juga berkata pihak keluarga mangsa telah meminta tuntutan ganti rugi tertinggi RM50 juta, termasuk ganti rugi am, ganti rugi estet dan juga ganti rugi teladan.

Turut hadir pagi ini di mahkamah bagi memberikan sokongan kepada keluarga mangsa ialah Ahli Parlimen (MP) Shah Alam Khalid yang mengecam pihak polis yang dilihat tidak melaksanakan tanggunjawab dan amanah yang diberikan.
“Pihak polis telah beri mesej yang salah.

“SOP mereka sangat mengecewakan, saya harap polis dan kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas ke atas perkara ini,” gesa Khalid.

Remaja berusia 14 tahun tersebut telah ditembak mati dikepala oleh polis pada malam 26 April 2010 dalam satu insiden kejar mengejar dengan kereta peronda polis dengan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Kes kematian Aminulrasyid mendapat tumpuan masyarakat Malaysia, sehingga menyebabkan anggota polis Jenain yang dituduh melepaskan berpuluh das tembakan didakwa pada tahun sama mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Jenain kemudiaan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam tetapi dibebaskan pada Disember 2012 selepas mengemukakan rayuan.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi yang berpuas hati dengan hujah tertuduh yang mengatakan tembakan dilepaskan hanya untuk menghentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat membunuh remaja lelaki itu.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan pada 12 Oktober 2010.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.