Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bahasa

Najib kata tak dapat penuhi kehendak semua, gesa jentera BN Selangor focus

Oleh Md Izwan
April 16, 2013
SHAH ALAM, 16 April — Datuk Seri Najib Razak berkata tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak dalam membuat keputusan senarai calon Barisan Nasional yang diumumkan hari ini.

Najib menggesa semua calon dan penyokong parti untuk fokus dan memberikan komitmen tinggi dalam misi untuk merampas negeri terkaya sumber ekonomi tersebut.

“Saya minta maaf kerana tidak memenuhi kehendak semua pihak,” kata pengerusi BN semasa mengumumkan senarai calon di bangunan Umno negeri Selangor, Shah Alam.

“Tapi saya harap semua fokus patut pada membela parti dan harapan rakyat.”

Beliau juga mengingatkan semua tentang kesilapan pada pilihan raya umum (PRU) tahun 2008 lalu yang menyaksikan BN tumbang di Selangor dan 4 negeri lain kepada Pakatan Rakyat (PR).

“BN dah belajar daripada kesilapan lalu setelah lima tahun pembangkang memerintah,” tambah beliau lagi.

Di samping itu, Najib juga berjanji segala “janji” akan ditunaikan dan segala “akujanji” akan dilaksanakan.

“Yakinlah, saya akan menunaikan semua janji dan akujanji akan dilaksanakan.
“Ini adalah barisan terbaik, yakinilah mereka ini untuk memenuhi kehendak untuk melakukan transformasi,” katanya lagi.

Dalam pengumuman senarai calon pagi ini, Umno akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 35 kerusi dewan undangan negeri (DUN), MCA akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN, MIC akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan tiga DUN, Gerakan pula bertanding di satu kerusi Parlimen dan tiga DUN dan PPP pula akan bertanding di satu kerusi DUN.
MENYUSUL LAGI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.