Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bakal-bakal Calon PAS & BN Bertemu Ziarah Mangsa Ribut


Datuk Hassan Abd Rahman (BN) dan Pn Hjh Kintan Man (PAS) turun padang bersama memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat bencana ribut di Kampung Seri Mendapat.

Jasin - Seorang warga emas yang terlantar kerana sakit tua, nyaris maut dihempap kepingan genting bumbung rumah yang runtuh akibat ribut yang melanda Kampung Seri Mendapat di sini, lewat petang, kelmarin.

Anak mangsa, Zainab Abd Hamid, 42, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, dia sedang menjaga ibunya, Samnah Impang, 80, di dalam sebuah bilik.

Jelasnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi kepingan bumbung bilik yang terjatuh ke lantai menyebabkan mereka menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Zainab berkata, dia hanya mampu melaungkan ALLAHU AKHBAR beberapa kali memandangkan hujan mencurah masuk ke dalam rumah selain keadaan ibunya yang sakit dan terpaksa didukung.

Tambahnya, insiden ribut kali kedua bagi tahun ini itu agak teruk berbanding sebelumnya, namun dia bersyukur walaupun mengalami kerosakan pada bumbung kediaman, namun mereka sekeluarga tidak cedera.

“Ketika kejadian, saya bersama tiga anak dan seorang cucu berada dalam rumah.

Manakala dua lagi anak yang lain bersekolah agama.

“Mujur serpihan bumbung tersebut tidak menimpa ibu saya yang sedang baring atas tilam.

Jika tidak, saya sendiri tidak tahu apa nasib kami kerana kejadian berlaku pantas.

“Malah, kami turut sedih kerana kejadian itu menyebabkan beberapa harta benda dan perkakas elektrik rosak terkena air hujan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak

Suami Zainab, Muhammad Jelani, 41, berkata, mereka sekeluarga terharu dan berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak termasuk dari Pas yang turun padang melawat keadaan dan menyampaikan sumbangan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya bantuan yang diterima dapat meringankan beban dan membantu mereka yang dilanda musibah.

Bagi seorang lagi mangsa, Sapiah Atan, 62, berkata, dia turut bersyukur kerana hanya mengalami kerosakan bumbung di luar rumah akibat bencana alam itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia hanya mampu berdoa dan berusaha menyelamatkan diri bersama anak-anaknya di bahagian belakang rumah.

“Hujan memang terlalu lebat dan tak dapat nak digambarkan, namun kami bersyukur kerana semua selamat,” katanya.

Pas hulur sumbangan

Sementara itu, Penyelia Dun Sungai Rambai, Kintan Man berkata, pihaknya terus mengadakan program turun padang selepas menerima berita musibah yang menimpa beberapa penduduk di kampung terbabit.

Menurutnya, kehadiran mereka ke kawasan itu lambang keprihatinan di mana program seperti ini tidak hanya dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya sentiasa bersiap sedia mendekati masyarakat terutama mereka yang dilanda musibah.

“Dalam pertemuan itu, kita dapat bertanya khabar dan mengetahui maklumat lanjut perkara sebenar yang berlaku.

“Malah, ia bukan sekadar ziarah tetapi kita juga turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa,” katanya.

BN urus baik pulih rumah

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman berkata, Barisan Nasional (BN) simpati dengan kejadian yang menimpa penduduk dan telah mengambil langkah drastik melakukan kerja baik pulih di setiap rumah yang terlibat bermula hari ini (semalam).

Menurutnya, tindakan pantas ini selari dengan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan pertolongan seperti ini tidak bermusim namun sejak dulu BN sentiasa membantu dan mementingkan kebajikan rakyat.

“Apa yang berlaku tidak kita duga, dan saya berharap mereka yang terlibat dapat bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

“Kita juga akan segera melakukan kerja baik pulih memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan bimbang kejadian akan bertambah buruk,” katanya. -SH



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.