Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAK HANTU PULAK DAH !


Rabu, 3 April 2013

PRU13 : Pejabat Parlimen Serdang Kesan Pengundi Hantu

Teo Nie Ching PC Pengundi Hantu 01
BALAKONG, 3 APR : Pengundi hantu dipercayai antara penyumbang utama kepada pertambahan mendadak pengundi di Dun Balakong dan Bangi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Pengundi yang statusnya menimbulkan keraguaan mula dikesan apabila seorang lelaki keturunan Indonesia datang ke Pejabat Ahli Parlimen Serdang bagi mendapatkan surat sokongan untuk permit perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Menurut Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, beliau ketika itu terkejut apabila lelaki yang bernama Hotim bin Abdul Jalil menunjukkan Mykad miliknya.

“Selepas di pergi, saya semak di web site Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan amat menakutkan saya apabila didapati dia merupakan pengundi di kawasan saya,” kata Nie Ching dalam sidang media yang diadakan di Pejabat DAP Kampung Baru di sini.

Selain Hotim, semakan lanjut Pejabat Ahli Parlimen Serdang juga berjaya menemui sekurang-kurangnya seramai 31 individu lain yang berdaftar dengn SPR tetapi statusnya diragui atau tidak dapat dikesan di Parlimen Serdang.

Lebih mengejutkan apabila semakan tersebut juga mendapati kebanyakkan pengundi meragukan tersebut didaftar oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebuah badan di bawah Kemeterian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan.

“Mendaftar pengundi bukanlah kerja JASA, ini meragukan,” kata Teo lagi.
Teo menambah, jumlah pengundi di kawasan Serdang telah meningkat sebanyak 42 peratus sepanjang lima tahun bermula daripada 2008. Iaitu dari 94,877 ke 134,888 pada suku keempat tahun lalu.

Pertambahan tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 23 peratus Dun Sri Kembangan, 51 peratus bagi Dun Balakong dan 50 peratus Dun Bangi.

Teo Nie Ching PC Pengundi Hantu 02Dalam sidang media sama, Ahli Majlis MPKj, Mohammad Ali Khair Abdul Ghafar melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mudah memberikan kerakyatan kepada warga asing yang tidak mempunyai kelayakan profesional.

“Sepatutnya kerakyatan diberi kepada golongan profesional yang mempunyai kepakaran tertentu, bukan kepada pekerja buruh,” kata Mohammad Ali Khair.

Beliau menambah, pemberian kerakyatan kepada golongan bukan profesional akan menyempitkan lagi pasaran kerja dan peluang perniagaan bagi penduduk tempatan. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.