Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARU ATAS KERTAS ? BELUM ADA HITAM PUTIH ? TAPI PEMIMPIN PAS DAH KENA MAKI HAMUN

Status calon Pas kabur?
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
23 April 2013
GEORGETOWN - Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Md Piah meminta semua pihak supaya tunggu dan lihat berhubung isu penyerahan kerusi Dun Sungai Acheh kepada calon PKR, Badrul Hisham Shaharin bagi mewakili Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia hanya cadangan pimpinan Pas dan tidak pasti pimpinan PKR bersetuju atau tidak dengan cadangan itu. Ia hanya cadangan dari Pas, tiga kerusi untuk Pas dan tiga untuk PKR.

“Saya tidak pasti sama ada cadangan yang dikemukakan Pas itu dapat diterima oleh pimpinan PKR ataupun tidak. Kita tunggu dan lihat.

“Buat masa ini, jentera Pas di Sungai Acheh terus bergerak seperti biasa,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian semalam.

Yusni, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan dijangka memberi kenyataan dalam sidang media hari ini yang diadakan di Pejabat Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji ketika dihubungi berkata, pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi oleh Pas pusat mengenai perkara itu.

Menurutnya, sehingga semalam, pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi sebaliknya hanya mengetahui hal itu melalui media yang menghubunginya untuk ulasan.

“Saya belum terima sebarang kenyataan rasmi dari pusat. Oleh itu, saya tidak boleh komen lebih. Apa yang saya boleh cakapkan, Pas negeri dah buat yang terbaik, selebihnya kita serahkan kepada pusat untuk buat keputusan.

“Pas negeri berusaha sehingga berjaya meletakkan calon untuk bertanding di Sungai Acheh. Kita sudah berjaya kemukakan calon sehingga hari penamaan calon, kira berjaya dah la. Itu saja yang kita mampu buat. Keputusan lain, bukan di tangan kita lagi,” katanya.

Menurutnya, Pas Pulau Pinang masih meneruskan hasrat untuk bertanding sehingga hari penamaan calon walaupun menyedari PKR turut menempatkan calonnya berikutan bimbang jika PKR menarik diri pada saat akhir.

“Kita berusaha sehingga ke hari penamaan calon kerana kita bimbang jika calon PKR tarik diri pada saat akhir. Namun setelah kedua-dua calon (PKR dan Pas) hadir pada hari itu dan menyerahkan borang pencalonan, mungkin Pas pusat lihat dan ambil keputusan (untuk serah kepada PKR).

“Saya harap, jika ada keputusan yang diputuskan, mohon Pas pusat turun ke Pulau Pinang untuk maklumkan keputusan. Itu pun jika ada perubahan. Ini kerana kuasa bukan lagi di tangan Pas negeri,” katanya.

Terdahulu, Pas bercadang menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, Dun Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti, Johor kepada PKR.

PKR pula dicadangkan agar menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada Pas manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara Pas dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas yang dipengerusikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudian memaklumkannya dalam sidang media di Pusat Media Pas Jalan Raja Laut semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.