Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BENDERA BUKAN JAMINAN UNTUK MENANG, BANGANG !

Tidak benarkan pasang bendera, peniaga ditetak

21/04/2013 4:04pm

KOTA BHARU - Akibat enggan membenarnya kedai makannya digantung bendera parti politik, seorang peniaga menerima 18 jahitan akibat pahanya dilibas dengan parang oleh seorang lelaki di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-13, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa berada di kedai makannya di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.

"Salah seorang daripada tiga suspek telah bertindak melibas parang yang terkena paha kiri mangsa. Motif dipercayai kerana mangsa enggan membenarkan premisnya dipasang bendera parti kerana dikatakan akan menjejaskan perniagaannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Che Mahazan berkata, suspek tersebut yang berusia 28 tahun telah ditahan sementara dua lagi yang telah dikenal pasti sedang diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 596 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.