Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERHATI-HATI PERANGKAP

Jaminan SPR DAP boleh guna lambang parti
JAMILAH HAMZAH
19 April 2013
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada DAP layak menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun tidak dikeluarkan keputusan secara bertulis, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.

Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat  mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.

"Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.

"Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.

"Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.

Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.

"Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.