PRU13,
paling menarik paling hebat apa yang berlaku dalam
umno....wakaka.,baiah mereka kepada Najib pada PAU 2010 nampaknya
langsung tak berkesan..,
Ostad
dlm gambar bawah ni, memang popular dalam era tahun 90 han... Digelar
ostad skew longgar,selalu keluar soal jawab agama dlm radio hari jumaat
jam 5 ptg,,, Soalan yang sering aku dengar waktu tu bab pinjaman
perumahan dan amanah saham nasional,, jawapan ostad ni semua boleh,, tu
yang dapat gelaran skrew longgar..
Pernah
satu kali ia pernah berdebat dengan sorang ustaz pro Pas, tak ingat
dah namanya, bila ia tak boleh berdebat,, kena boo dengan penonton, ia
keluar dari majlis debat, telefon polis buat cerita ustaz yang berdebat
dengannya boleh membuat rusuhan... itulah perangai ostad ni...
Tup-tup tak lama lepas tu,, jadi calon umno di Kedah....
Lama
aku tak dengar cerita ostad ni, sehinggalah sekejap tadi terbaca balik
kisahnya,,, adui..adui,,, ostad tak ostad kalau dah duduk dlm umno
inilah perangainya... wakaka..
Bekas exco agama tanding Bebas
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 April 2013
Fadzil (tiga, kiri) menunjukkan borang permohonan calon Bebas yang siap diisi.
ALOR
SETAR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Fadzil Hanafi mengisytiharkan
akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Dun Alor Mengkudu
kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN)
meletakkan calon wanita kurang dikenali.
Bekas
Adun Alor Mengkudu itu bukanlah muka baru dalam politik kerana
memenangi kerusi itu dua penggal dan pernah menentang Presiden Pas,
Datuk Fadzil Noor di kerusi Dun Bukit Raya pada pilihan raya umum 1995.
Dakwanya,
calon Dun Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah kurang
popular dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan harapan untuk menang
amat tipis kerana perlu berdepan calon muda yang lebih berpengaruh,
Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.
“Saya bertanding tiket Bebas
bukan kerana tidak mendapat jawatan tetapi, sayang pada partiUmno dan
BN dan terkilan sikap kepimpinan negeri menafikan hak calon boleh
menang.
“Mereka bercakap soal calon ‘winnable candidate’ tetapi
dalam masa sama tidak mempedulikan suara akar umbi yang mahu calon
disukai rakyat dengan meletakkan calon pilihan sendiri,” katanya kepada
Sinar Harian, di Kampung Kelumpang, Jalan Tok Keling, semalam.
Fadzil
berkata, pucuk pimpinan tidak mengambil pengajaran terhadap tsunami
politik yang melanda Kedah pada 2008 gara-gara pemimpin rakus mahu
mempertahankan kedudukan tanpa mengambil kira suara akar umbi.
“Jika
diikutkan pada pilihan raya umum kali ini, peluang untuk BN menawan
semula Kedah cukup cerah namun, jika tersilap letak calon mungkin akan
merumitkan lagi keadaan,” katanya.
Fadzil memilih untuk
bertanding Bebas kerana mahu menjadi penyelamat parti dan kehendak akar
umbi supaya dapat merampas semula kerusi Dun Alor Mengkudu daripada
pembangkang.
“Saya tidak akan keluar dari Umno, jika ditakdirkan
menang atas tiket Bebas saya akan kembalikan semula kerusi itu kepada
Umno. Penyokong tidak perlu ragu-ragu untuk memberi undi mereka pada
calon Bebas,” katanya.
Bagaimanapun, beliau sedia menarik balik
semula borang permohonan calon Bebas jika pucuk pimpinan membuat
keputusan untuk menukar calon di kerusi itu pada saat akhir sebelum hari
penamaan calon.
Kerana wanita ini Ostad kecewa ?..wakakaka...
1 orang berkata:
nba jerseys
canada goose jackets
polo shirts
heat jerseys
louis vuitton outlet
ray ban glasses
thunder jerseys
timberland shoes
michael kors outlet online
uggs sale
20171.11chenjinyan
Post a Comment