Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ceramah Luar Biasa PR, Umno Mampu buat ke?

Ketakutan umno ialah bila rakyat berbilang bangsa bersatu, kerana itulah mereka iaitu rejim pemerintah sering guna sistem pecah dan perintah, supaya kekuatan rakyat itu dapat dikurangi dalam menentang rejim pemerintah yang dilihat semakin hina dan busuk.

Ketakutan umno lagi ialah bila rakyat menjadi semakin cerdik, bila rakyat sudah tahu menilai sesuatu perkara atau isu tanpa bergantung kepada hanya satu sumber sahaja. umno takut bila rakyat menjadi cerdik, rakyat sudah tidak mahu terima penipuan oleh rejim pemerintah.

Ketakutan umno paling hebat ialah bila setiap program ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat mendapat sambutan luar dugaan, di mana pelusuk dan ceruk sekalipun, ceramah Pakatan rakyat pasti disambut hebat, hatta dalam hutan sekali pun.

Terbaru, lihat saja gambar-gambar dibawah ini, ini adalah gambar ceramah Pakatan Rakyat untuk malam tadi sahaja.

Yang pertama di Taman Dahlia, Johor

lihatlah betapa ramai hadirin yang hadir dalam Himpunan Hijau di Johor Bahru malam tadi, YAB TGNA, Yb Dato Husam dan Dato Tamrin Tun Ghafar turut serta dalam program malam tadi, dimana pelakon Hairei Othman yang terkenal dengan watak 'Leftenan Adnan' secara rasminya menyerahkan borang menyertai PAS kpd TGNA!






Sementara itu, di utara tanah air tak kurang hebatnya, Kedatangan  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yb Saifuddin Nasotion dan ramai lagi di Kulim, kedah malam tadi menarik lebih kurang 15 ribu orang hadirin.

Rialitinya kalau umno nak buat ceramah seperti ini, mungkin mereka hanya bermimpi, panggil la siapa sekali pun, jika dibayar, diberi makan dan  elaun juga dipanggil artis untuk berjoget dan berdansa nescaya mereka juga tidak mungkin dapat menarik walau setengah dari jumlah hadirin yang hadir dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat.







Di timur semenanjung, Juga Ribuan Ribu Rakyat Hadir Ceramah Perdana Di Pasir Putih Bersama Rafizi Ramli, Abby Abadi & Ramai Lagi pemimpin Pakata Rakyat.






0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.