Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEBAT ! BATAS IMAN DAN KUFUR

Fatmi minta Nik Aziz tarik balik kenyataan orang Umno solat tidak dapat pahala

6 April 2013
KOTA BHARU - Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataannya bahawa solat orang Umno tidak mendapat pahala supaya ia tidak mengelirukan umat Islam.

Beliau menyifatkan kenyataan tersebut seperti orang tidak berilmu dan boleh membawa kehancuran dalam kalangan orang Islam.

"Ingat dan sedarlah sebagai pemimpin yang berjawatan tinggi di Kelantan, jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ramai yang mendengar dan memerhati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.

Mohamad Fatmi berkata, 'fatwa' Mursyidul Am Pas itu seolah-olah melihat orang Umno terlalu jahil dalam bidang agama sedangkan institusi-intitusi pendidikan Islam yang tertubuh pada hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.

"Kalau dahulu ada guru pengajian Islam sahaja tetapi demi mempertingkatkan pengetahuan Islam di kalangan pelajar di sekolah rendah maka kita wujudkan jawatan guru j-Qaf dan guru Kafa ini," katanya.

Mohamad Fatmi turut menasihatkan pemimpin Pas itu supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyatan yang boleh mendatangkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.

"Saya harap tiada lagi kenyataan-kenyataan pelik dan boleh menaikkan kebencian sesama Islam," katanya.

Pada 4 April lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa solat orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Kira-kira 400 guru pendidikan Islam, guru j-Qaf dan guru Kafa hadir dalam program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.