Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOK LA DEPA RAMPAS, SEBAB HANGPA TAK DA TELOQ


Sabtu, 13 April 2013

Tengok Nii..Kerja "Haprak" KDN Rampas Manifesto PR Di Kedah...

Kerajaan BN telah bertindak memberi tekanan dan halangan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menyampaikan mesej dan tawaran kepada rakyat sebelum hari pengundian 5 Mei depan.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa telah merampas sejumlah ribuan kad rayuan undi dan manifesto Pakatan Rakyat kepada penduduk negeri ini.(Gambar Hanya Sekadar Di Pinggiran..kah3)

Menurut sumber, kad dan manifesto tersebut telah dihantar ke pejabat pos di seluruh negeri bagi tujuan edaran dan bayaran pos juga telah dibayar secara tunai.

Insiden ini, berlaku ketika BN belum lagi mengumumkan calon-calon bertanding bagi pilihan raya umum ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.

"Malangnya, KDN telah merampas di beberapa pejabat pos di sekitar Kedah dan tidak sempat untuk diedarkan kepada para penduduk.

"Apa kesalahan Pakatan Rakyat...adakah bahan yang mahu edarkan adalah bahan terlarang? Bagaimana pula dengan kad rayuan undi dan manifesto BN yang boleh diedar secara pos di seluruh negara?" kata sumber kepada Harakah.

Difahamkan kakitangan pejabat pos juga telah dipaksa untuk bekerja lebih masa sehingga lewat malam, bagi memastikan lebih 10 juta kad rayuan undi dan sisipan manifesto BN diedarkan ke seluruh Malaysia.

Perkara ini kata sumber telah mengundang kemarahan ramai khususnya para penyokong Pakatan Rakyat yang menyifatkan tindakan kerajaan yang tidak langsung menghormati prinsip demokrasi untuk parti-parti lain berkempen secara sihat.

"Sudahlah semua media arus perdana, setiap masa berkempen bagi pihak BN dan langsung tidak diberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan tawaran dan khidmat mereka.
"Sekarang, bahan-bahan kempen Pakatan Rakyat pula nak dihalang...mana perginyan keadilan dan persaingan sihat?,"katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.