Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Enam didakwa di mahkamah esok atas kesalahan berkaitan PRU13

16 April 2013
PUTRAJAYA - Enam orang akan dihadapkan di Mahkamah Majistret di tiga negeri esok, atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.
  
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata keenam-enam lelaki itu masing-masing akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Shah Alam dan Alor Setar atas kesalahan merusuh, khianat, ugutan jenayah dan membawa senjata berbahaya.
  
Beliau memberitahu sidang media di Pejabat Peguam Negara di sini hari ini empat penyokong parti politik yang berusia antara 28 dan 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman atas kesalahan menghadiri rusuhan dan memiliki senjata berbahaya semasa rusuhan di Kampung Padang Lalang, Felda Neram, Kemaman pada Jumaat lepas.
  
"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
  
Selain itu seorang lelaki berusia 47 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang mebawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

"Seorang lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Setar bagi dua kesalahan iaitu menakutkan secara jenayah dan membawa senjata berbahaya di tempat awam tanpa kuasa yang sah mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
  
Sementara itu, Tun Abdul Majid berkata enam lelaki didakwa di mahkamah antara 3 April hingga semalam atas tuduhan melakukan kesalahan seperti khianat, gaduh dan menyebabkan kecederaan di Senawang, Negeri Sembilan; Dungun dan Kemaman, Terengganu; dan Puchong, Selangor.
  
Selain itu, beliau berkata sebanyak 148 kes diarahkan untuk siasatan lanjut termasuk perbuatan khianat sebanyak 55 kes, pemberitahuan perhimpunan (28 kes), dan perbuatan khianat (dua kes).
  
Katanya sebanyak 129 kes tiada tindakan lanjut kerana suspek tidak dapat dikenal pasti, ini termasuk berhimpun tanpa permit atau tanpa notifikasi, meletakkan bendera parti tanpa izin, perbuatan khianat, hasutan dan mencuri. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.