Friday, April 19, 2013
NURUL IZZAH BERCAKAP BENAR
Terima Kasih kapada:
dari Blog: ABU HASSAN ADAM
Nurul Izzah membuat aduan mengatakan terdapat 4000 pengundi yang
meragukan di kawasannya. Tetapi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf selaku
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanaraya mengatakan, "I have checked.
There was no electoral roll or letter that was sent to the EC," Kemudian
Tan Sri Aziz menambah, “"If they are indeed sincere about cleaning up
the electoral roll, then come to the EC and bring the electoral roll
that they say contains dubious voters so the EC can check…………..But
instead, they decide to go to the media and make inaccurate statements,"
Laporan yang dipetik oleh akhbar Malaysiakini bertarikh 31 Mac 2013.
Kemudian pada 1 April 2013, Nurul Izzah membuktikan yang menunjukkan
bahawa Suruhanjaya Pilihanraya ada menerima aduan rasmi yang
dikemukakannya melalui peguamnya Chooi and Company bertarikh 6 Mac 2013.
Nampaknya Nurul Izzah bercakap benar. Tuduhan yang mengatakan beliau
tidak menghantarkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya
sebagaimana yang dikatakan oleh Tan Sri Aziz itu tidak benar. Pengerusi
SPR yang tidak bercakap benar. Macam berbohonglah…..
Pada hemat aku ini merupakan satu peristiwa paling malang yang
menimpa ‘orang tua’ seperti Tan Sri Aziz. Aku tahu persaan Tan Sri,
sebab aku juga orang tua. Bekas pegawai kerajaan. Sebagai bekas KSU dan
kini merupakan orang paling penting dalam SPR, Tan Sri tentu tahu apakah
bentuk tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya ‘orang bawahan’ yang
melakukan kesalahan yang sebegini. Dan kini orang atasan yang melakukan
‘dosa’ yang amat besar diukur dari segi Perkhidmatan awam kerajaan.
Alasan yang ada yang mungkin digunakan oleh Tan Sri ialah dengan
menyalahkan orang bawahan yang memberikan maklumat yang salah. Itu
bukan alasan yang boleh diterima oleh umum. Orang sekarang bukan bodoh.
Umum tahu baahwa sebelum membuat sebarang keputusan, seseorang ketua
perlu membuat penelitian dengan sehalus-halusnya. Sekiranya terdapat
kesalahan selepas itu bukan orang bawahan yang patut dipersalahkan,
tetapi si ketua yang mesti dipertanggungjawabkan.
Yang menyedihkan lagi ialah ‘keangkuhan’ yang ditunjukkan oleh Tan
Sri Aziz apabila beliau menyatakan ( mengikut petikan dalam Malaysiakini
),
· "I have checked”
· “There was no electoral roll or letter that was sent to the EC”
· “"If they are indeed sincere about cleaning up the electoral
roll, then come to the EC and bring the electoral roll that they say
contains dubious voters so the EC can check………….”
· “But instead, they decide to go to the media and make inaccurate statements”
Ayat yang terakhir seolah-olah beliau menyindir YB Nurul Izzah yang
terus mengadu kepada media dan membuat lenyataan yang tidak tepat.
Sekarang telah terbukti bahawa YB Nurul Izzah yang membuat kenyataan
yang betul dan sebaliknya beliau sendiri yang membuat kenyataan yang
tidak tepat.
Pengajaran yang boleh dipelajari daripada peristiwa yang amat malang
ini ialah ‘orang tua’ ( aku mengingatkan diri aku juga ) sepatutnya
jangan memandang rendah kepada orang muda atau ‘ anak-anak’ kita. ‘Orang
Tua’ janganlah bersifat angkuh dan menganggap diri kita semua tahu.
Janganlah mendabik dada mengatakan ‘akulah yang dulu makan garam’. Dan
janganlah menuding jari ke arah anak-anak kita, orang muda dengan
mengatakan, ‘ kamu apa tahu, bumbun masih lembut lagi…’ Pendek kata
janganlah hendaknya ‘orang tua’ memperkecilkan kebolehan anak-anak kita,
orang muda.
Aku berkata begitu kerana masih ramai ‘orang tua’ yang aku perhatikan
yang masih tak sedar diri. Seolah-olah merekalah yang pandai, cerdik,
bijak, berilmu, berpengalaman luas dan sebagainya. Seolah-olah anak-anak
muda terpaksa mengikut telunjuk mereka. Mendengar apa saja kata-kata
mereka. Betul. Ada juga tempat yang orang muda mesti mendengar nasihat
orang tua-tua. Tetapi bukan bermakna semua nasihat orang tua mesti
diikuti. Dan kadang-kadang orang tua perlu juga menghormati pandangan
dan fikiran orang muda.
Mengambil iktibar dari peristiwa inilah aku rasa para pemimpin tua (
orang lama) yang sudah sekian lama menjadi wakil rakyat ( parlimen atau
negeri ) dan tidak mampu lagi memberi apa-apa sumbangan kepada negara
sepatutnya mengundurkan diri. Tidak usahlah menganggap diri itu masih
diperlukan jikalau kita sendiri merasakan sudah sampai masanya kita
berundur. Zaman kita sudah berlalu. Berilah peluang kepada anak-anak
muda – anak-anak kita – yang berkebolehan untuk memimpin negara ini ,
kut-kut boleh negara ini menjadi sebuah negara maju yang boleh
dibanggakan semua. Berundurlah dengan cara terhormat……
Berbalik kepada persoalan yang berkaitan dengan Tan Sri Aziz nasihat
aku sebagai orang tua juga ialah agar jalan yang sebaik-baiknya bagi Tan
Sri Aziz ialah berundur. Letak jawatan. Itulah cara paling terhormat
yang boleh dilakukan demi menjaga marwah diri dan keluarga. Lagipun masa
kita untuk berada di dunia tidak begitu lama lagi. Sekurang-kurangnya
jangan dicemari masa tua kita dengan keadaan yang tidak sesuai bagi
orang-orang tua yang sudah semakin ‘senja’.
Ikut sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Jepun. Aku petik kata-kata
Mark D.West dalam bukunya, “ Secrets, Sex, and Spectacle: The Rules of Scandle in Japan and the United States,
“ Crisis management in Japan requires little deliberation. Sokaiya
scandal at Seibu Railway? Resignation. Financial scandal at Nihon Keizai
Shimbun? Resignation. Pro baseball team pay a college player? Owners
resign….Plane crash? The President of Japan Airlines resigned in 1895
after personally apologizing to relatives of victims and dispatching
executives to their funerals…”
Abuhassanadam
1 Mac 2013
0 orang berkata:
Post a Comment