Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, April 5, 2013

PRU 13 : GHANI Lawan LIM KIT SIANG Di GELANG PATAH?


JOHOR : Pertembungan nama-nama besar dalam pilihan raya umum 13 semakin menarik. Di Johor, terdapat yang spekulasi Penasihat DAP Lim Kit Siang mungkin tidak diberikan laluan mudah oleh UBN di Gelang Patah.

Beberapa pemimpin Umno negeri telah mengambil langkah drastik apabila meminta Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman untuk berhadapan dengan Lim.

Ahli Parlimen BN Johor percaya bahawa Ghani adalah calon yang paling ideal untuk berlawan dengan jaguh DAP di tempat yang dianggap "paling panas di Johor".

Datuk Puad Zarkashi berkata Ghani akan menjadi pertaruhan yang diperlukan usaha BN mempertahankan Gelang Patah dan Johor pada pilihan raya umum ke-13 ini. Beliau berkata pertembungan itu juga akan membolehkan Ghani untuk mempertahankan legasi beliau di Johor.

"Kami berharap beliau akan mempertimbangkan (bertanding di Gelang Patah) kerana beliaulah yang mempelopori semua projek-projek (di Nusajaya) ini. Beliau adalah orang yang paling sesuai untuk mempertahankan apa yang kita ada di Johor," kata Puad.

Ghani, 66 tahun telah menjadi Menteri Besar Johor sejak 1995. Adalah difahamkan juga beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri tidak keberatan menawarkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah.

Gelang Patah adalah kerusi MCA tetapi menurut sumber dalaman parti berkata cadangan ini masih boleh dibincangkan walaupun Ketua Bahagian MCA Datuk Jason Teoh telah dinamakan sebagai calon.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.