Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Guan Eng: Dun Pulau Pinang dijangka bubar esok

3 April 2013
GUAN ENG
GUAN ENG
GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang dijangka dibubar esok bagi membolehkan pilihan raya umum  Dewan Undangan Negeri ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa beliau akan memaklumkan mengenai tarikh  pembubaran Dun selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi esok.

Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan Dun - 19 kawasan di bahagian pulau manakala 21 kawasan lagi di tanah besar iaitu  Seberang Perai.

Pada pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi Dun, Parti  Keadilan Rakyat (PKR) memenangi sembilan kerusi dan Pas memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pasir.

Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi 11 kerusi dan kesemuanya diwakili oleh Umno.

Bagi kawasan Parlimen pula, Pulau Pinang mempunyai 13 kawasan iaitu tujuh di Seberang Perai dan enam kawasan di bahagian  pulau. Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi tujuh daripada kerusi Parlimen manakala PKR memenangi empat.

Bagaimanapun, dua daripada Anggota Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrin Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong  Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan mengisyhtiharkan sebagai wakil rakyat Bebas.

BN hanya memenangi dua kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas yang diwakili oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad  adawi dan Tasek Gelugor yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada  ilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)diadakan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.