Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HA, HA KALAU TIUP API PERKAUMAN AMCAM ? SENANG MENANG ?

OTAK LEMBU AKAL KALDAI

Politik perkauman masih relevan, kata bekas KPN

Oleh Zurairi AR

April 09, 2013
Musa juga mengkritik parti yang mendakwa mereka pelbagai kaum tetapi sebenarnya masih dikuasai oleh kaum tertentu. - Gambar fail
KELANA JAYA, 9 April — Tan Sri Musa Hassan menyokong politik perkauman malam tadi dengan mengatakan parti politik berasaskan kaum dalam Barisan Nasional (BN) masih lagi relevan dengan suasana politik masa kini.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu juga mengkritik parti yang mendakwa mereka pelbagai kaum tetapi sebenarnya masih dikuasai oleh kaum tertentu.

“Bagi saya, bahawa parti politik yang berasaskan bangsa masih relevan. Kerana kita perlu bersama-sama berkongsi kuasa menjaga negara kita ini dengan aman,” kata Musa malam tadi dalam satu forum dianjurkan oleh NGO anti PKR Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

“Toksah lah kita mendengar apa yang orang katakan bahawa tak relevan.” Menurut Musa, parti berasaskan kaum penting untuk mewakili setiap kaum agar insiden seperti tragedi 13 Mei dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kalau tidak kita akan jadi macam negara Arab, kita akan bergaduh sampai bila-bila masa,” tambah beliau.

Bekas pemimpin tertinggi pasukan polis itu lantang menyuarakan mengenai isu keselamatan dan keamanan Malaysia dan mengkritik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Tan Sri Ismail Omar.

Pada Febuari lalu, beliau memberikan amaran “Arab Spring” boleh berlaku di sini jika pihak yang kalah dalam pilihan raya tidak berpuas hati dengan keputusan.

“Saya percaya parti politik yang kalah akan menggunakan penyokong mereka untuk menjatuhkan kerajaan seperti apa yang berlaku di Timur Tengah.

“Parti politik mesti mengawal diri mereka dan berkelakuan sepatutnya bermula sekarang,” kata Musa.

Forum semalam mengenai konflik bersenjata Lahad Datu juga kritikal kepada kebangkitan Arab yang merupakan kebangkitan rakyat secara aman.

Dokumentari mengenai kebangkitan rakyat di seluruh dunia turut dimainkan dan mereka dituduh ditaja oleh anasir asing untuk menimbulkan kekacauan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.