Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANG KENA KERJA KUAT

ANUAR TAHIR CALON MENTERI BESAR PAS PERLIS

Thursday, April 4, 2013

Berdasarkan pengumuman calon Pas Perlis yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin, nampaknya banyak kejutan yang berlaku. Antaranya termasuklah ketiadaan nama Dr.Juanda Jaya yang disebut-sebut mengisi senarai calon di salah sebuah kerusi Parlimen di Perlis.

Sejak akhir tahun lalu, Pesuruhjaya Pas Perlis telah mengumumkan hasratnya untuk tidak mempertahankan kerusi Dun Sanglang yang dipegangnya selama lebih tiga penggal. Selain faktor usia, isu pembelian kereta mewah menggunakan AP Khas ADUN Sanglang oleh anak Ustaz Hashim menjadi faktor mengapa beliau tidak berhasrat mempertahankan kerusi Dun Sanglang dalam PRU kali ini. Untuk rekod, Pas Perlis berjaya memenangi dua buah kerusi Dun pada PRU ke 12 iaitu di Dun Sanglang dan Simpang Empat.

Pengumuman Ustaz Hashim itu bermakna, Pas Perlis akan meletakkan seorang figure baru bagi diangkat sebagai calon Menteri Besar Perlis sekiranya gabungan Pas-PKR-DAP berjaya menguasai negeri terkecil itu dalam pilihanraya umum kali ini. Persoalannya sekarang, apabila Ustaz Hashim selaku Pesuruhjaya Pas Perlis tidak bertanding dalam PRU kali ini, siapakah yang akan menggantikan beliau sebagai calon Menteri Besar di negeri Perlis mengikut kekananan di dalam parti?

Individu yang penulis lihat berkemungkinan besar diangkat menjadi calon Menteri Besar Pas Perlis adalah Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perlis iaitu YB Haji Anuar Tahir yang juga merupakan AJK Pas Pusat (Lajnah Buruh & Setinggan). Selain itu, Anuar juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Besar bagi penggal 2011-2013.

Usaha untuk meletakkan Anuar sebagai calon Menteri Besar adalah bukan sesuatu yang mustahil apabila beliau telah dicalonkan di Dun Santan yang pernah dimenangi oleh Pas dalam Pilihanraya Umum 1999. Selain mempunyai harapan cerah untuk menang, krisis Umno Perlis yang berpecah juga dilihat mampu untuk memenangkan Pas di negeri utara tersebut. Selain itu, Anuar juga kerap muncul sebagai jurucakap Pas Perlis akhir-akhir ini termasuklah terbaru membidas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu dan pegawai daerah Kangar dalam isu pembangunan di negeri tersebut.

Sekiranya Anuar Tahir diangkat sebagai Menteri Besar Perlis dalam pilihanraya kali ini, penulis berpendapat beliau adalah calon yang paling sesuai disebabkan pengaruhnya di peringkat nasional dan dikenali ramai. Beliau juga dilihat sebagai seorang yang profesional dan berkarisma dalam membantu menguatkan jentera Pas Perlis dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Walaupun dianggap sebagai seorang yang pro-Anwar disebabkan pernah menyertai ABIM dan PKR, hakikatnya Anuar telah memilih jalannya bersama Pas dengan meninggalkan PKR suatu masa dahulu. Semoga Perlis akan mencapai kemajuan di bawah Menteri Besar yang baru - Anuar Tahir.
Anda mungkin juga meminati:

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.