Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HORASSSS ! JANGAN TAKUT UJIAN !

Nuffnang Ads

Sunday, April 14

MASAK la Mat Taib, bideo tak senonoh pasai dia dalam pembikinan...

Memang masak la Mat Taib lepas neh... teruk kau akan dikerjakan pencacai Umno... haha...

Pastinya akan ada video lucah terbaru yang akan dihidangkan pada rakyat Malaysia oleh macai belaan Umno untuk memburuk-burukkan Muhammad Muhd Taib. Ini berikutan selepas aksi lompat parti yang dilakukan beliau... Bukankah Umno tu semuanya BERSIH... kahkahkah...

Secara peribadi aku amat mengalu-alukan penghijrahan Mat Taib neh... Tanpa mengira siapa dan warna latarbelakangnya. Ini semua ketentuan Allah jua, siapalah kita untuk menghalang hidayah Allah dari merata pada hamba-hamba yang dipilihNya...

Bekas MB Selangor Mat Taib akan sertai PAS, kata sumber

KUALA LUMPUR, 14 April — Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini.

Muhammad (gambar) merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

“Ya, Muhammad akan sertai kami,” kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider. “Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini.

“Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu.”

Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi.

Muhammad meletak jawatannya pada 1998 selaku MB selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia.

Antara jawatan tertinggi yang pernah disandangnya semasa dalam Umno ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09).

Sekiranya pengumuman ini dilakukan, ia merupakan tamparan besar kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini dalam misi untuk menawan negeri terkaya tersebut pada Pilihan Raya 2013 ini.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah MB sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR ketika ini mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.~ TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.