Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


HOT!! Tercicir di Perlis, Dr Juanda Jaya bertanding di Permatang Pauh..? Jom Terjah!!


Tercicir di Perlis, apakah Dr Juanda bakal bertanding di Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh DS Anwar..?

Mufti tercicir calon Pakatan Perlis?

Pengumuman calon PAS Perlis pagi tadi menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang sebelum ini dikatakan akan bertanding kerusi PKR di Parlimen Kangar.

Mufti kelahiran Sarawak itu sebelum ini difahamkan sudah bersetuju bertanding menentang BN dan melepaskan jawatan lantikan istana yang dipegangnya sejak hujung Januari 2009.

Pakatan cuba mengetengahkan Dr Juanda bagi bergandingan dengan tokoh agama popular PAS Datuk Dr Haron Din (kiri) yang akan bertanding di kerusi tradisinya di Arau, bagi merobek negeri kubu kuat BN.

Dengan pengumuman itu, Dr Juanda mungkin sukar mendapat tempat di negeri Indera Kayangan dan mungkin beralih ke sebuah lagi kerusi yang dikatakan diintainya di Sarawak.

Dalam pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin pagi tadi, parti Islam itu akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen di Perlis berbanding dua sebelum ini.

Ia antara perubahan yang dilaksanakan dalam pembahagian kerusi Pakatan Perlis yang mengambil risiko tidak mengekalkan status quo seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi kerusi DUN pula, PAS sebelum ini bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR di tiga kerusi. Bagaimanapun, pilihan raya kali ini akan menyaksikan parti Islam itu hanya bertanding di lapan kerusi dengan PKR sebanyak lima.

Sumber PKR dakwa tak muktamad

DAP pula diberikan dua kerusi, cubaan kali pertama mereka bertanding di negeri Utara semenanjung itu.

Hashim hari ini mengumumkan barisan calonnya seperti berikut: Ketua Urusan Ulama PAS Padang Besar Azamhari Mohamood (Padang Besar), Ahli Jawatankuasa PAS Kangar Baharuddin Ahmad (Kangar) dan Dr Haron (Arau).

Bagi kerusi DUN pula, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Santan; Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Beseri), Setiausaha Pilihan Raya Abd Jamil Kamis (Bintong), Setiausaha Perhubungan Ya'akub Abu Seman (Kayang), Ketua Dewan Ulama Idris Yaacob (Pauh), peguam Zulmi Sabri (Guar Sanji), Timbalan Pesuruhjaya 3 Rus'sele Eizan (Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Sanglang).

Hashim menjelaskan, penetapan kerusi itu telah lama dibuat pada 15 Julai 2011 setelah dipersetujui sebulat suara dalam Majlis Pakatan Rakyat Negeri Perlis.


Bagaimanapun, sumber PKR memberitahu Malaysiakini, pembahagian kerusi negeri di Utara semenanjung itu masih belum diputuskan.

Perkara itu difahamkan akan menjadi salah satu agenda penting dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di Kuala Lumpur esok.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di DUN Sanglang dan Simpang Empat sahaja.

Dr Juanda (gambar atas, berbaju hitam) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu dan mahu menunggu masa yang sesuai terlebih dahulu.~ Malaysiakini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.