Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI APA HAL ? RANCANGAN ? MENAKUT-NAKUTKAN ?

Wednesday, April 24, 2013

Pakatan Mengecam Serangan Ke-atas Umno-BN By TVSelangor

pakatan rakyat putrajaya naeem

SHAH ALAM, 24 April : Pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat bom buatan sendiri dan menyerang pusat operasi Umno-BN.

Pakatan Rakyat juga mengecam pihak tertentu yang membakar khemah parti Umno-BN lawan di Sekinchan, Tanjong Karang hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jenayah itu nampaknya dirancang untuk menimbulkan ketakutan dan mencetuskan huru-hara.

Anwar memuji kepantasan polis menubuhkan kumpulan khas untuk menyiasat insiden ini. Beliau berharap siasatan dapat dijalankan tanpa campurtangan dari pihak luar.

“Suspek perlu diberkas dan dibicarakan dibawah kanun Keseksaan kerana menyebabkan letupan yang boleh membahayakan nyawa dan harta,” kata Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 April lepas, satu leputan di Pusat Operasi BN Nibong Tebal menyebabkan seorang petugas cedera. Satu lagi bom ditemui pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bom yang ditemui di Nibong Tebal itu dibuat oleh profesional dengan tujuan untuk menakutkan orang awam dan bukan untuk menyebabkan kecederaan.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan melawat mangsa hari ini, untuk menyampaikan simpati Pakatan Rakyat kepada mereka yang terkesan.

“Pakatan Rakyat bersama semua pihak menolak keganasan politik dalam apa juga bentuk, dan pilihanraya harus dilaksanakan secara aman dan teratur.”


Selangorku

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.