Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI KALILAH !

Wednesday, April 3, 2013

Najib dah bayangkan UMNO/BN akan kalah kali ini.. macai tunggu apa lagi?


Disamping gelabah hingga tersasul menyebut tarikh pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Presiden UMNO telah membayangkan akan kekalahan yang akan UMNO/BN hadapi.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dalam pengumumannya telah menyebut tarikh pembubaran Parlimen ialah 03 April 2012 bukannya 03 April 2013.. lihat videonya di ( SINI )

Dipercayai ianya akibat gelabah memikirkan nasibnya selepas Pilihanraya nanti kerana beliau telah membayangkan akan kehilangan kuasa yang akan UMNO/BN hadapi.

Katanya "Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan tertib. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi,".
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.
Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sedia ada akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan terbit. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya.

Dalam pengumumannya selama 13 minit itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk menerajui kepimpinan negara sejak lima tahun yang lepas.

"Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan rakyat, kami telah dan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya," katanya ~ Malaysiakini

Jika Najib yang telah diberikan mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Pak Lah yang menerima seluruh maklumat risikan baik dari PDRM atau Tentera serta pihak UMNO sendiri telah membayangkan akan peralihan kuasa itu... macai-macai UMNO diluar sana tunggu apa lagi??

Berhentilah menyokong UMNO/BN itu.. dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.