Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 8 April 2013

APA ISI PERBUALAN JUANDAJAYA DENGAN RAJA PERLIS?


            Mengikut ceritanya, malam tadi Anwar Ibrahim sepatutnya isytiharkan Dr Juandajaya sebagai calon Parlimen Kangar. Tetapi, kehadiran pengundi Parlimen Kangar yang begitu ramai untuk mendengar pengisytiharan Ulama Progresif sebagai calon pilihan mereka itu hampa, apabila Anwar terpaksa tangguhkan kerana kononnya menghormati pihak istana  bahawa hari ini, selepas zohor, Raja Perlis mahu Dr Juandajaya datang mengadap.

            Diberitahu juga bahawa dalam pertemuan antara Juandajaya dengan Raja Perlis, banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi, dimaklumkan bahawa perbualan lebih banyak berkisar tentang perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh BN menjadi perbualan yang menarik minat Raja Perlis.

            Semenjak isu penarikkan diri dari menjadi “orang besar” dalam Baitul Mal oleh Juandajaya, sebarang perkara yang melibatkan perlis, boleh dikatakan bahawa Juanda adalah tempat utama Raja Perlis mengadu dan meluahkan perasaan.

            Maklumat terkini pula, Dr Juandajaya sejak dari sabtu baru-baru ini, sering dikunjungi, ditelefon dan dihubungi oleh “orang-orang Mahathir” memujuk agar beliau tidak bertanding dalam PRU di parlimen Kangar, malahan di mana-mana parlimen sekalipun.

            Apa pula dilema yang sedang bermain di fikiran Raja Perlis terhadap BN Perlis?
            

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.