Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 8 April 2013

PRU13: Yen Yen sah digugurkan sebagai calon MCA di Raub apabila Datuk Ariff Sabri jadi calon DAP.....

KUALA LUMPUR, 8 April  - MCA hari mengesahkan Datuk Seri Ng Yen Yen (gambar) telah digugurkan daripada senarai calon Raub, kerusi parlimen yang disandangnya selama tiga penggal. 

Menteri pelancongan tersebut antara tiga nama dalam senarai awal parti yang dicadangkan sebagai calon, kata ketua MCA Raub Datuk Seri Lam Kang Sang hari ini.

Walau bagaimanapun Lam berkata senarai kedua yang telah dibincang dengan perdana menteri tidak mempunyai nama Ng, lapor laman sesawang akhbar Sin Chew Daily tengahari ini.

Lam berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak sebanyak dua kali dan perdana memberi isyarat jelas mereka perlu meletak “calon boleh menang”, menyebabkan bahagian parti terpaksa menggugurkan nama naib presiden tersebut.

Sabtu lepas, Nanyang Siang Pau melaporkan MCA Raub berkemungkinan meletak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut Datuk Ho Khai Mun di Raub.

Cubaan The Malaysian Insider menghubungi Ng menemui kegagalan.

Ng sebelum ini menewaskan calon DAP di Raub, memenangi dengan 9,822 majoriti pada 2004 tetapi pada 2008 memperoleh majoriti lebih kecil sebanyak 2,752 undi pada Pilihan Raya 2008.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.