UGHANG NOGOGHI JANGAN LA NAK LAWAN NGAN MD ALI NIH, DIA BERTANDING BEBAS BUKAN SUKA-SUKA, TAPI DAPAT PETUNJUK DARIPADA ALLAH, JIKA ORANG NOGOGHI TIDAK SOKONG DIA NANTI MASUK NERAKA ! -Pak Karamu
Ketua Penerangan PDM tanding Bebas
10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA
PILAH – Dun Seri Menanti menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila
calon Bebas, Md Ali Mustafa memberi saingan kepada dua calon dari
Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Samad Ibrahim dan calon PKR, Tengku
Zamrah Tengku Sulaiman.
Md Ali,
45, ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana semua perancangan
berjalan lancar sehingga berjaya menjadi calon Bebas bagi Dun tersebut.
Katanya, apa yang mendorongnya untuk bertanding di Dun Seri Menanti sebagai calon Bebas kerana mendapat petunjuk dari ALLAH SWT.
“Apa
jua yang saya lakukan ini, adalah kerana ALLAH. Saya mengambil borang
pada Khamis lalu dan nekad untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
“Bukan
kerana tidak puas hati atas pimpinan wakil rakyat terdahulu, tetapi saya
hendak berjuang demi masyarakat Seri Menanti,” katanya.
Md Ali
yang juga usahawan pertanian berkata, wakil rakyat sebenarnya bukan
pemimpin, sebaliknya adalah penghubung antara rakyat dengan agensi
kerajaan mahupun pimpinan teratas.
“Saya
mahu dekati rakyat dan mendengar denyut nadi rakyat agar apa jua masalah
mereka dapat saya panjangkan kepada pihak berkaitan,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan, Md Ali merupakan bekas Ketua Penerangan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Ibol.
Sementara
itu, Pengerusi PDM Kampung Ibol, Kamarulzaman Osman memberitahu,
sedikit terkilan dengan tindakan Md Ali kerana tidak maklum lebih awal
bahawa dia akan bertanding Bebas pada pilihan raya kali ini.
“Saya
tidak kisah jika dia hendak bertanding tetapi perlulah maklum kepada
saya supaya tugas yang dipikul sebagai Ketua Penerangan PDM digantikan
dengan orang lain.
“Atas
tindakan itu, malam semalam (kelmarin) jentera gerak kerja PDM telah
mengadakan mesyuarat tergempar untuk melantik ketua penerangan yang baru
dan kini jawatan itu sudah diisi semula,” katanya ditemui di Pejabat
Daerah Kuala Pilah.
Difahamkan,
Md Ali belum menerima sebarang hitam putih pemecatan ahli dari Umno
Bahagian Kuala Pilah selepas menjadi calon Bebas bagi Dun Seri Menanti.
Sinar/-
0 orang berkata:
Post a Comment