Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jika BN menang, harga minyak naik, GST dan AES dikuatkuasa

6 Jamadil akhir 1434H,

KUALA LUMPUR 16 APRIL: Harga minyak akan naik, manakala Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bakal dikuatkuasa jika Umno BN kembali mentadbir negara.

Penyandang Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan harga minyak adalah rutin yang dilaksana BN selepas menang pilihan raya.

“Harga minyak akan naik secepat mungkin untuk tampung semula perbelanjaan kempen pilihanraya Barisan Nasional.

“Mereka perlu dapatkan semula sekurang-kurangnya RM12 bilion. Fakta setiap kali pilihan raya, harga minyak akan segera naik dengan pelbagai alasan,” katanya

Selepas pilihan raya Mac 2008, harga diesel dan petrol naik mendadak sekitar 78 sen (Petrol (RON92)) dan RM1 (Diesel) kononnya kerana peningkatan harga dunia. Ia turun semula sekitar 20 sen pada Ogos tahun yang sama.

Namun bermula September 2009 harga RON 95 terus meningkat tiga kali sehingga harga terakhir dicatatkan RM1.90 pada 2013 berbanding RM1.05 sebelum pilihan raya 2008.

Azan berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa manifesto Pakatan akan menjejaskan kewangan Petronas jelas menunjukkan mereka mahu menaikkan lagi harga minyak.

Katanya lagi, Umno BN juga sebelum ini menyatakan tidak akan membatalkan GST dan AES, sebaliknya hanya akan menagguhkan pelaksanaannya.

“Mereka tangguhkan sebanyak mungkin perkara yang boleh buat rakyat marah dan jatuhkan mereka. Lepas pilihan raya, kalau mereka menang, mereka akan automatik teruskan,” ujarnya.

Beliau berkata, jika BN kembali memerintah, lebih banyak manifesto mereka yang tidak dilaksana seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kononnya dinaikkan sebanyak RM1,200.

“Dalam Belanjawan 2013, peruntukan untuk BR1M adalah RM1,200. Sebelum ini sudah diberi RM500 sebanyak 2 kali. Jika BN menang, mereka hanya akan beri baki RM200,” katanya.-Kd

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.