Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 12 April 2013

Benar Kata Tengku Nan..Kini Husam Musa Kena "Kejutan"..


Datuk Husam Musa mengakui hari ini terkejut dengan sambutan hangat penduduk Putrajaya selepas beliau diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) selepas beliau turun ke bawah untuk lawatan pertamanya.

Naib presiden PAS itu dinamakan sebagai calon Selasa lalu mengadakan acara malam tadi dan melawat penduduk Putrajaya hari ini untuk memperkenalkan dirinya dan mendengar rintihan mereka.

“Saya sangat gembira, kerana dari body language orang-orang di sini ... Saya terkejut, dulu saya ingatkan kakitangan kerajaan ni tak berani. Tapi rupanya mereka lebih berani dari saya,” kata Husam kepada pemberita di sini.

Husam mengatakan beliau telah mengelakkan diri dari duduk dan berbual-bual dengan penjawat awam karana bimbang akan membahayakan kerjaya mereka, akan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka yang menemuinya.

“Ramai yang nak bergambar. Walaupun mereka dalam uniform kerajaan. Ada seorang dua pegawai minum bersama saya.

“Saya kira ini adalah perubahan positif,” tambah beliau
JuRaGan : Manusia kalau dah lama berkuasa dia akan jadi "Sombong"dan lupa akan segala sesuatu itu adalah perancangan dan kehendak Allah..Maka PAS menghantar Husam ke Putrajaya untuk menghapuskirakan "Kesombongan" pimpinan Umno yang Terlalu Haprak di mata rakyat masakini.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.