KITA DIBERITAHU TENTANG AMARAN POLIS SUPAYA TIDAK MEWAR-WARKAN SENTIMEN YANG BOLEH MENCETUSKAN HURUHARA, TELAH DIBERITAHU OLEH POLIS, SO SEKARANG APA SUDAH JADI, SIAPA YANG MEMULAKAN ? Pak Karamu
Jumaat, 12 April 2013
PRU13: Mahathir Bagi LESEN Suruh Orang Umno Merusuh?
Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi
kaum, kata Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara
masyarakat Melayu dan Cina akan hancur.
Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013,
bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan 'hebat' dengan menghentam
pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan
menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama
sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.
“Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk
menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,”
tulis Mahathir dalam blognya chedet.cc.
Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen
de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam
Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada
lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Anak kelahiran Johor, Lim menerima asakan bertali-arus daripada Dr
Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung dengan BN di
negeri kelahirannya sendiri - yang juga tempat lahir parti Umno dan kem
terakhir parti rakan komponennya, MCA.
Dr Mahathir tidak berhenti dalam usahanya memperlekehkan DAP yang
mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina sebagai tidak mampu berkongsi
kuasa dengan rakan politiknya, sama ada parti Islam PAS mahupun parti
bandar PKR yang diketuai bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga berkata slogan “Malaysian Malaysia” yang dilaungkan oleh DAP
memperjuangkan meritrokasi kaum, mendakwa ia ditiru daripada parti di
Singapura, PAP - yang kini merupakan parti pemerintah republik itu - dan
menggunakan taktik itu untuk melemahkan pengaruh masyarakat Melayu.
“Apabila Kit Siang membuat keputusan untuk bertanding di kawasan
majoriti di Cina Gelang Patah adalah kerana dia mahu orang Cina di sana
dan di Johor untuk menolak kerjasama dan perkongsian dengan orang
Melayu.
“Satu konfrontasi kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama
Cina-Melayu yang telah menjadikan Malaysia stabil dan makmur.”
Beliau menambah, “Kerjasama itu akan berakhir apabila Kit Siang menang Gelang Patah.”
Perdana menteri keempat tersebut, yang merupakan musuh utama Lim di
Parlimen sepanjang 22 tahun memegang jawatan itu berkata bahawa walaupun
keganasan tidak berlaku, “konfrontasi antara ketiga-tiga kaum utama”
akan menyebabkan pembangunan negara terganggu.
“Atas sebab ini keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah
akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 di negara ini.
“Adakah DAP akan mengakhiri persahabatan Melayu-Cina dan kerjasama di
Johor atau “ kongsi” akan kekal sebagai asas hubungan kaum di Johor dan
di Malaysia?” soal beliau lagi.
Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 60 peratus daripada 28 juta
penduduk Malaysia, manakala masyarakat Cina adalah minoriti yang terdiri
daripada satu perempat tetapi dilihat sebagai kumpulan pengundi yang
berpengaruh.
Lim, yang mengetuai DAP di Johor mengharapkan tsunami politik di
selatan, mensasarkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 83 kerusi
parlimen untuk PR di kubu BN di Johor, Sabah dan Sarawak.
Pemangku ahli parlimen Ipoh Timur tersebut baru-baru ini mengumumkan
dirinya sebagai calon di Gelang Patah, Johor yang dilihat sebagai salah
satu strategi pembangkang untuk menyapu bersih kerusi yang dipega
0 orang berkata:
Post a Comment