Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 5 April 2013

PRU13 : Bekas polis kanan persoalkan sikap berpihak Bukit Aman dalam pilihan raya

KUALA LUMPUR, 4 April — Bukit Aman membantu pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya 2013, kata Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini, dengan menambah tindakan tersebut adalah penyalahgunaan kuasa dan harta awam.
 
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain mendedahkan beliau menerima mesej sistem pesanan ringkas (SMS) pada Selasa daripada seorang polis kanan bernama Hasyim Ali, menjemput bekas polis untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di kediaman perdana menteri di Seri Perdana Ahad ini.

“Tetapi jika Bukit Aman sendiri diperalatkan dan dikerahkan untuk menyelaraskan perjumpaan pesara-pesara polis dengan pemimpin politik untuk kempen politik mereka menjelang PRU seperti ini, maka tindakan tersebut adalah sangat keterlaluan,malahan boleh disifatkan sebagai penyalahgunaan kuasa dan dana rakyat,” soal beliau.

Menurut bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, ini bukan kali pertama Bukit Aman digunakan untuk menyusun perjumpaan diantara bekas polis dan pemimpin politik dari BN.

Lelaki yang menjawab daripada nama Hasyim Ali dan nombor diberikan oleh Mat Zain kedengaran terkejut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider petang ini, tetapi tidak menafikan pada pagi 7 April terdapat perjumpaan diantara veteran polis dan perdana menteri.

“Bukit Aman akan membuat jemputan rasmi kepada press,” kata lelaki tersebut melalui telefon.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.