Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Jumlah keluar undi PRU13 dijangka tinggi
Wartawan Sinar Harian
14 April 2013
PRU13
PRU13
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya, dijangka meningkat berbanding lima tahun yang lalu, dipercayai ekoran peningkatan kesedaran dan pertambahan besar dalam jumlah pengundi yang berdaftar.

Bancian kendalian
Sinar Harian Online menunjukkan 96 peratus pembaca yang menyertai bancian atas talian mengakui bahawa mereka akan keluar mengundi pada 5 Mei ini.

Hanya empat peratus mengatakan tidak akan keluar mengundi. Seramai 12,989 pembaca menyertai bancian yang diadakan hampir seminggu.
 
Seramai 76 peratus pengundi keluar mengundi pilihan raya peringkat Parlimen manakala 77 peratus peringkat Dun lima tahun lalu.

Menjawab soalan sama ada pembaca Sinar Harian Online pernah mengundi sebelum ini, seramai 65 peratus mengatakan "ya" berbanding 35 peratus. Berbanding soalan mengenai sama ada akan keluar mengundi, soalan ini disertai 13,197 pembaca portal ini.

Seramai 13,457 pembaca menjawab soalan sama ada mereka merupakan pengundi kali pertama. Daripada jumlah itu, 38 peratus setuju manakala 62 peratus mengatakan tidak.
Bermakna satu pertiga merupakan pengundi kali pertama.

Bancian ini dikendalikan selepas pembubaran Dewan Rakyat dan Dun awal bulan ini dan diteruskan sehingga dua hari selepas Surhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Penamaan calon
akan diadakan Sabtu ini manakala hari pengundian pula 5 Mei.
Dalam pada itu, menjawab soalan sama ada pembaca yang menyertai bancian online sudah membuat keputusan parti yang hendak dipilih, 96 peratus atau 13,750 daripada 14,371 orang mengatakan "sudah buat pilihan."

Hanya empat peratus mengatakan tidak.
Peratusan persetujuan ini memperlihatkan kesamaan dengan mereka yang menjawab soalan sama ada akan keluar mengundi kali ini.

Bancian kali ini juga bertanya pandangan orang ramai mengenai manifesto yang dibentangkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) masing-masing pada 6 April dan 25 Februari lalu.


Seramai 81 peratus mengatakan manifesto PR memikat perhatian mereka berbanding 19 peratus di pihak BN.


Peratusan pembaca yang sama berpendapat bahawa manifesto PR lebih meyakinkan.


Berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).


Pengundian normal akan diadakan
pada 5 Mei manakala undi awal dijadualkan 30 April.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.