Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kelantan isytihar 5 Mei cuti peristiwa



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengisytiharkan 5 Mei ini cuti peristiwa sempena Pilihanraya Umum Ke-13.

Menurutnya, cuti itu diambil bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta seluruh rakyat yang layak mengundi keluar mengundi pada hari tersebut.

"Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi dan sebagainya.

"Negeri lain khususnya tidak perlu istihar cuti memandangkan hari Ahad jatuh pada hari minggu, jadi untuk memberi keadilan pada semua, kita istihar cuti,"ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya tengahari ini selepas mempengerusikan mesyarat exco, di Kota Darulnaim di sini tengahari ini.

Menurutnya keputusan itu berkuat kuasa serta merta bermula hari ini.

Tuan Guru seterusnya berkata, mengundi khususnya untuk membentuk sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam wajib dilakukan.

Katanya, Rasulullah sendiri berjuang berhabiskan untuk mendaulatkan Islam khususnya di Madinah.

"Dengan dasar politik dan agama tidak boleh dipisahkan sebagaimana amalan baginda, itu juga yang PAS daulatkan,"ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mengumumkan ada seorang calon di Kelantan bertanding di Puterajaya dan untuk mempertahankan kerusinya di peringkat Dun.

Sehubungan itu beliau menyeru anak Kelantan di perantauan supaya pulang mengundi untuk mempertahankan kerajaan Kelantan yang ada.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.