Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

21 hari saja lagi, bantu rakyat cukup maklumatPublished on Sunday, 14 April 2013 09:23Written by Administrator

  
TEMERLOH: Hanya 21 hari sahaja lagi sebelum hari mengundi pada 5 Mei nanti.

Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar warga internet membantu menjayakan misi 'Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.'

Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim menyeru setiap posting yang di'Like' haruslah disharekan kepada rakan-rakan yang lain.

Ini adalah mesej beliau:

"Assalamualaikum.

Mohon kerjasama untuk 21 hari akan datang, setiap posting yang kita 'Like' - kita 'Share' kan juga kepada rakan-rakan kita yang lain.

Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.

"Senyum," tulis beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi, Tuan Ibrahim juga menyeru anak-anak muda menjadi agen perubahan dan agen membawa maklumat balik ke kampung masing-masing.

"Jadilah jurucakap dan memberi penjelasan mengenai sesuatu isu dari dimensi lain selain apa yang diceritakan kepada masyarakat kampung melalui media tradisional. Balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan negara yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga sebelum mengundi," tegasnya lagi.

Tuan Ibrahim berkata membuat rakyat bermaklumat adalah satu proses pen-demokrasian yang penting dalam pilihanraya kali ini.

"12 pilihanraya yang lalu, masih terdapat sebahagian besar rakyat tidak mendapat cukup maklumat sebelum mengundi. Di PRU13, diharap dengan tenaga-tenaga anak-anak muda dan warga yang celik internet, kita berharap sungguh majoriti rakyat kali ini dapat mengundi dalam keadaan cukup maklumat, demi keadilan keseluruhannya," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.