Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 11 April 2013

PRU13: BN akan naikkan kadar tol 5% selepas 2016 - Dr Dzul

Kadar itu akan naik setiap tiga tahun sehingga tahun 2037.
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar tol pada kadar lima peratus jika mendapat mandat menjadi  kerajaan semula selepas tahun 2016.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kadar itu akan naik setiap tiga tahun sehingga tahun 2037.
Dzulkefly berkata, selain menaikkan kadar tol, beberapa projek lebuhraya baru juga akan diteruskan dan perjanjian konsesi hampir  dimuktamadkan.

Antaranya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Ulu Kelang Selatan (SUKE), kedua-duanya dimiliki Prolitas yang sepenuhnya  milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Turut dikenakan tol ialah projek lebuhraya Kinrara-Damansara dan penambahan jalan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Lebih malang lagi kerajaan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) bercita-cita untuk meneruskan agenda penswastaan  lebuhraya – Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway).

“Walaupun faedah subsidi telah dihapuskan melalui rundingan baru, projek ini masih tidak mampu bersaing dan kini terpaksa diberi  suntikan RM2.2 bilion pinjaman mudah (soft loan) dengan kadar faedah sebanyak empat peratus,” katanya dalam sidang media di  Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Katanya, manifesto BN gagal menciplak penghapusan bayaran tol dengan cara kerajaan mengambil kembali pemilikan lebuhraya seperti  dicadangkan manifesto Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.