Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 4 April 2013

PRU13 : Pakatan masih mahu Nizar sebagai MB Perak?



 
Walaupun Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menjadi personaliti paling dikenali di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat Perak, peluangnya untuk ditampilkan sekali lagi sebagai calon menteri besar masih belum dapat dipastikan.
Sumber Pakatan Rakyat memberitahu Malaysiakini bahawa hubungan dingin antara Nizar dengan Istan Perak sebelum ini, dan juga usaha Umno untuk menonjolkan beliau sebagai “alat DAP” menjejaskan imej bekas menteri besar itu di kalangan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, Nizar kekal popular di kalangan pengundi bukan Melayu, menurut sumber berkenaan.

Nizar sejak Mei tahun lalu dibelit kontroversi apabila beliau mempersoalkan pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW1 dengan harga RM520,000 oleh Sultan Johor.

Seorang pemimpin PAS Perak yang enggan dinamakan berkata pemimpin parti tersebut berusaha keras untuk menangkis banyak isu melibatkan Nizar dalam ceramah mereka di seluruh negara.

Bagaimanapun, sungutan paling utama di kalangan PAS adalah tabiat Nizar yang tidak berunding dengan parti berhubung hal pentadbiran tertentu ketika menjadi menteri besar.

"Tempoh selama 11 bulan sebagai menteri besar adalah cemerlang... Namun beliau membuat beberapa dasar penting dan pengumuman yang sukar untuk dijelaskan pemimpin parti,” kata sumber itu.

Beliau berkata pengumuman Nizar bahawa penduduk di kampung tradisi Melayu dan kampung baru Cina akan menerima pemilikan tanah 999 tahun dibuat bersama anggota exco daripada DAP tanpa merujuk kepada parti.

"Dasar tanah ini tidak disertakan dalam manifesto DAP, tetapi ia merupakan sebahagian daripada manifesto PAS. Belau sepatutnya merujuk perkara seperti ini kepada parti sebelum keputusan dibuat,” kata sumber.

Beliau berkata Nizar kurang penyelarasan dengan pemimpin PAS lain ketika membawa isu tertentu kepada media dan menyukarkan pemimpin PAS lain untuk memberi kenyataan apabila Nizar ditimpa masalah.

Nizar ketika dihubungi mengakui bahawa beberapa keputusan dan pengumumannya dibuat tanpa merujuk kepada parti, namun menegaskan bahawa beliau mengikut amalan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memimpin pentadbiran Kelantan.

"Kadang-kadang saya terpaksa membuat keputusan cepat, jika saya pergi kepada parti (untuk perbincangan, ia akan memakan sedikit masa. Tetapi ada perkara yang sama dibuat di Kelantan, jadi saya teruskan sahaja,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.