Dr Mahathir sedang usaha hancurkan negara - Salahudin
1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Saranan
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa akan berlaku konfrantasi kaum jika Lim
Kit Siang menang di Gelang Patah boleh menghancurkan negara ini, kata
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Jika
hancur negara ini kerana tercetusnya konfrontasi kaum akibat hasutan
secara tidak langsungnya itu, Dr Mahathirlah yang bertanggungjawab.
"Kalau berulang lagi rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dr Mahathirlah pencetusnya," tegas beliau.
Bagi
Salahuddin, bekas Presiden Umno itu amat jelas anti-perpaduan dan
sangat tidak bertanggungjawab apabila mendakwa kononnya konfrontasi kaum
akan menggantikan kerjasama Melayu Cina di negara ini jika Lim Kit
Siang menang di Gelang Patah.
Malah,
katanya lagi, semakin terbukti dengan amat jelas kepada rakyat bahawa
perbuatan mengapi-apikan kebencian antara kaum adalah satu-satunya
senjata Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 ini.
Menulis
dalam blognya, Perdana Menteri keempat itu berkata, "Apabila Kit Siang
memutuskan untuk bertanding kerusi majoriti Cina di Gelang Patah, ia
adalah disebabkan beliau mahu orang-orang Cina di situ dan di Johor
menolak untuk berkerjasama dan berkongsi dengan orang-orang Melayu.
"Konfrontasi
kaum yang tidak sihat akan menggantikan kerjasama Cina-Melayu yang
menyebabkan Malaysia stabil dan makmur. Kerjasama itu akan berakhir jika
Kit Siang menang di Gelang Patah".
Salahuddin
menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu secara tidak langsung menghasut
supaya dicetuskan konfrontasi antara kaum jika Kit Siang menang.
"Walaupun
beliau tidak menghasut secara langsung, tetapi apa yang ditulisnya
jelas merupakan taktik untuk menghasut secara tidak langsung.
"Ia taktik lama yang sudah biasa kita lihat," katanya.
Salahuddin
berkata, sukar untuk ditolak kemungkinan mereka yang terpedaya dengan
hasutan tidak langsung Dr Mahathir itu akan mengamuk dan mencetuskan
konfrontasi antara kaum," katanya.
"Dr
Mahathir mungkin memerah otak supaya tulisannya tidak dilihat menghasut
tetapi semakin ia cuba untuk tidak kelihatan menghasut semakin terdedah
niat yang cuba disembunyikannya itu.
"Kalau
Dr Mahathir fikir cara dia menulis itu dapat menyembunyikan niatnya
untuk mencetuskan konfrontasi kaum, ia tak ubah seperti menutup bangkai
gajah dengan nyiru," katanya.
Bagi Salahuddin, Dr Mahathir hanya tahu melihat apa sahaja yang berlaku dari sudut pandangan perkauman Umno sahaja.
"Saya
tidak mahulah kata Dr Mahathir menulis dari sudut pandangan perut busuk
Umno tetapi bekas Presiden Umno itu sendiri pernah menulis Umno busuk
hingga ke usus atau 'rotten to the core'.
"Dia
hanya mampu melihat dari sudut itu sahaja dan tidak tahu apa-apa
tentang perpaduan kaum yang semakin berjaya dibina oleh Pakatan Rakyat
setelah dimusnahkan oleh sentimen perkauman yang tidak henti-henti
diapi-apikan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu,"
katanya.
Salahuddin menegaskan, tidak ada sebab sesiapa pun hendak berkonfrontasi jika Kit Siang menang di Gelang Patah.
"Kit Siang tidak membawa mesej perkauman sempit seperti Umno.
"Malah,
beliau membawa semangat Datuk Onn Jaafar yang membuka keahlian Umno
kepada semua kaum ketika beliau menjadi pemimpin parti itu," katanya.
Kit
Siang sebelum ini menyeru semua pihak mencontohi pengasas Umno Datuk
Onn Jaafar dengan bersikap melampaui sentimen perkauman dalam pilihan
raya umum di Gelang Patah.
Calon
Pakatan bagi Parlimen itu berharap "pertempuran" di kerusi itu
merealisasikan "impian Malaysia" Datuk Onn ke arah penyatuan bangsa
berbilang kaum, seperti tergambar daripada tindakannya untuk membuka
keahlian Umno kepada semua pada 1951.
"Malah,
saya merujuk kepada pengundi Gelang Patah sebagai rakyat Malaysia,
bukan pengundi Cina, Melayu atau India demi mencapai 'impian Malaysia'
masyarakat bersatu-padu," katanya.
Harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment