Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR PEMBOHONG BESAR, DAH TUA DAH !

Monday, April 22, 2013

Tun Dr Mahathir mengganas lagi, siapa nak jawab?


Tun Dr Mahathir Mohamad
Hello Madey, Lu tolong jawab ini kes.
MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata negara akan hancur jika pembangkang Pakatan Rakyat (PR) merampas Putrajaya.
Menurut beliau, gabungan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebenarnya bertujuan mahu memenuhi kepentingan parti masing-masing.
"Barisan Nasional (BN) guna satu simbol saja - dacing, bermakna kita rapat. Tetapi Pakatan pakai tiga simbol. Satu simbol bulan berlubang, satu lagi pakai roket yang tidak boleh terbang dan satu lagi mata lebam.
"Masing-masing tarik di antara satu sama lain. PAS tarik sebelah sini, DAP sebelah sana. Keadilan (PKR) tarik ke bawah. Mana boleh pakat?
"Kita tengok di Kedah, PAS yang memerintah. Di Pulau Pinang, DAP memerintah - yang parti lain tidak ada tempat. Di Selangor, PKR memerintah - yang lain juga tidak ada tempat.
"Inilah Pakatan. Jadi jika kita pilih Pakatan, rosaklah negara kita," kata Dr Mahathir semasa berucap di bilik gerakan parlimen Alor Setar, malam kelmarin. Klik di sini, lihat buktinya negara kita rosak.

Turut hadir ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
Tunku Abdul Rahman minta orang melayu hapuskan umno
Dalam ucapan selama 40 minit itu, Dr Mahathir, 87 tahun, berkata beliau berada di Kedah untuk menolong BN berkempen dalam usaha merampas semula negeri itu daripada PR.
"Saya datang walaupun dah tua. Selagi ada hayat, saya ucapkan terima kasih kepada orang Kedah kerana sudi sokong saya agar kita dapat kemenangan di sini kelak," katanya, yang disambut sorak dan tepukan lebih 300 penduduk setempat.
Mengimbas kembali pembangunan di Kedah sejak lebih 50 tahun lalu, Dr Mahathir berkata kawasan di Seberang Perak di Alor Setar, tempat beliau dilahirkan, telah banyak berubah.
"Dulu doktor Melayu kat Alor Setar ini, saya seorang saja. Sekarang ini, semua dah jadi doktor dah," katanya.
Menyentuh mengenai masalah calon BN yang merajuk apabila tidak dipilih bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Dr Mahathir berkata:
"Kita nak bagi parti menang. Jadi kalau kita tidak dapat jadi calon hari ini, kita tak kacau orang. Mungkin kita diberi peluang pada masa depan.
"Tetapi, jika kita kacau siapa dari Barisan Nasional yang bertanding, atau kita bertanding sebagai calon bebas, kita akan dipecat daripada parti, terus kita tidak ada chance lagi."
Mengenai manifesto BN Kedah, iaitu 138 janji yang hendak dilaksanakan jika perikatan itu menang di negeri itu, Dr Mahathir berkata:
"Kalau dia orang tidak laksanakan, beritahu saya. Saya akan tibai mereka. Tetapi di sini, saya yakin saya tidak payah tibai kerana mereka cekap-cekap belaka."
Seloroh Dr Mahathir itu disambut gelak tetawa ramai kerana tibai bukan saja bermaksud pukul dalam loghat penduduk utara Malaysia, malah akronim bagi Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.
Tanah rizab Melayu yang dilupuskan oleh Umno
Ini Fakta bukan auta. 
Tanah rizab Melayu yang dilupuskan oleh Umno.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.