Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MERAJUK ?

Najib mahu BN bentuk kerajaan kuat
Wartawan Sinar Harian
10 April 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan kira-kira 2,000 anggota jentera BN hari ini bagi menerangkan proses terakhir persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya telah mengambil kesempatan menerangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan kerusi dan calon supaya mereka faham bahawa ia adalah proses yang kompleks dan rumit.

"Tak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Mustahil berlaku," jelas Pengerusi BN ini dipetik Bernama.

Justeru, beliau mahu anggota BN memahami hakikat sebenar bahawa objektif pilihan raya kali ini bukan semata-mata terpilih menjadi calon, sebaliknya membentuk kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri.

"Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti," tegas Najib yang juga Presiden Umno.

Mengenai sikap merajuk dalam kalangan anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon, Najib berkata BN akan cuba meminimumkan masalah itu.

"Sebab itu, dalam ucapan, saya kata seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.

Mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, Perdana Menteri berkata: "Itu keputusan SPR, kita terima."

"Maknanya dia (SPR) cuba buat keputusan yang mencerminkan proses demokrasi yang sihat di Malaysia."
SPR menetapkan hari pengundian PRU-13 pada 5 Mei, manakala penamaan calon pada 20 April.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.