Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mereka di ibaratkan sebagai madu sudah hilang , lalu terbiar dan tidak dipedulukan, kemudian mereka baru sedar ! lalu memilih jalan sendiri untuk selamat dunia dan akhirat - Pak Karamu

Tuesday, April 16, 2013

Bekas MB Masuk PAS, Bukan MAT TAIB Yang Nizar MAKSUDKAN?

Tajol Rosli Mohd Ghazali

Sejak Nizar mengeluarkan ucapan berkenaan akan ada bekas MB dari UMNI yang akan menyertai PAS, berita itu menjadi panas. Timbul pelbagai spekulasi siapakah individu tersebut. Bagaimanapun segala persoalan itu terjawab apabila terdapat pengesahan daripada beberapa pihak yang mengatakan bekas MB yang akan menyertai PAS adalah Muhammad Taib, bekas MB Selangor.

Walaupun pengumuman itu belum rasmi, namun ia sekadar menantikan pengesahannya sahaja daripada PAS. Boleh dikatakan 99.9% beritu adalah sahih.

Namun disebalik menantikan pengumuman Mat Taib, sebenarnya khabar berkaitan MB UMNO yang akan menyertai PAS itu masih belum reda. Dalam erti kata lain, bukan Mat Taib yang Nizar maksudkan. Malah ada maklumat daripada dalam UMNO sendiri yang menyampaikan akan ada seorang bekas MB akan menyertai PAS, dan seorang lagi bakal menyertai PKR. Wah berapa ramai bekas MB UMNO yang akan keluar parti!.

Ramli Ngah Talib

Individu yang dimaksudkan ialah Tajol Rosli (bekas MB ke-9 Perak) yang dikatakan akan menyertai PAS dan Ramli Ngah Talib (bekas MB ke-8 Perak) akan menyertai PKR. Walaupun maklumat ini sukar dipercayai, namun spekulasi ini tidak boleh ditolak. Terutama di saat musim pilihanraya seperti ini. Sama juga seperti maklumat awal yang mengatakan Mat Taib akan PAS, siapa sangka Mat Taib akan masuk PAS!.

Sama-sama kita nantikan sama ada berita ini sama ada benar ataupun sekadar acah-acah pilihanraya yang sering berlaku terutama untuk mendapatkan tempat sebagai calon.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.