Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mohd Sabu bertanding di Pendang, Fadzil di DUN Sungai Tiang? — Aspan Alias



24 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Sejak dua bulan lepas saya sering ke Kedah dan kawasan yang sering saya lawati dan memberi penerangan itu meliputi kawasan Kuala Kedah, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang. Saya diminta untuk masuk ke kawasan yang menjadi kubu Umno terutamanya di Pendang dan saya dengan rela hati melakukannya.
Di antara kawasan yang saya seronok sekali untuk menembusi kubu Umno itu ialah kawasan Pendang, kawasan sahabat saya Mohamad Sabu, dijangka bertanding dalam PRU nanti. Pendang merupakan kawasan yang masih ada tempat-tempat yang Pakatan Rakyat masih belum dapat menembusinya kerana kekuatan Umno masih ada di situ. Kawasan seperti ini masih ada di DUN Sungai Tiang dan di DUN inilah yang saya sangat berbahagia untuk memberi penerangan.
DUN Sungai Tiang ini diwakili oleh BN dan ADUNnya ialah orang kuat Puteri Umno yang bernama Soraya. Tetapi kawasan ini sudah nampak kejayaan PAS menembusinya kerana saya memberikan tumpuan kepada DUN ini. Saya begitu tertarik dengan kegigihan Majlis Tindakan DUN PAS ini kerana sentiasa melakukan lawatan dan mengadakan program-program bagi mendekati rakyat.
Saya tertarik dengan kegigihan saudara Fadzil Baharum, Timbalan Pengarah MTD Sungai Tiang, yang telah membawa saya melawat dan berjumpa dengan masyarakat di sana dan saya gembira kerana saya mendapat sambutan oleh masyarakat di sana yang ingin mendengar penerangan dari pihak Pakatan Rakyat.
Saya diberitahu oleh orang kampung di Sungai Tiang yang mereka selesa dan berpuas hati dengan kegigihan Fadzil Baharum dan mereka berkata mereka mahukan Fadzil bertanding bagi pihak PAS di Sungai Tiang itu.
Pada 1hb yang lepas saya telah dibawa ke sebuah kampung yang belum dilawati oleh PAS sejak merdeka dahulu lagi dan Alhamdulillah telah dapat kami tembusi dan ramai ahli-ahli Umno telah datang bersama-sama menjayakan majlis penerangan itu.
Mereka juga memahami bagaimana DAP dan PAS boleh memberikan kebaikan kepada negara untuk mencapai matlamat penyatuan kaum sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Mereka secara beransur-ansur telah menghilangkan apa-apa perasaan prejudis terhadap DAP yang selama ini dimomokkan oleh Umno dan parti komponen BN.
Jika DUN Sungai Tiang ini dapat ditawan oleh PAS maka majoriti kemenangan PAS yang bakal diwakili oleh Mohamad Sabu akan meningkat dengan banyaknya. Saya tidak syak Mohamad Sabu akan mendapat majoriti besar dan kemenangan Fadzil bagi kawasan Sungai Tiang itu akan menambah bilangan kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam DUN negeri Kedah Darul Aman.
Kami berharap Fadzil dan rakan-rakan pejuang yang lain akan bersatu untuk mendapatkan kemenangan besar bagi kawasan parlimen Pendang itu. Kehadiran Mohamad Sabu di Pendang sebagai calon juga telah menaikkan semangat rakyat Kedah dari kawasan lain untuk mendekati dan menambah kekuatan parti itu di negeri jelapang padi itu. — aspanaliasnet.blogspot.com


Responses

0 Respones to "Mohd Sabu bertanding di Pendang, Fadzil di DUN Sungai Tiang? — Aspan Alias"

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.