Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, April 22, 2013

Calon Pilihan Najib kena 'Booo' di Pasar Seberang Jaya..


Tiga calon telah disahkan bertanding bagi Kerusi DUN Seberang Jaya (N10) pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Ketiga-tiga mereka ialah Dr. Afif Bahardin Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan juga Calon Bebas Shamsut Tabrej Bin G.M Ismail Maricar seorang Ahli UMNO yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah di Seberang Jaya.

Bagaimanapun Shamsut Tabrej hari ini telah dipecat dari UMNO oleh Najib bersama seorang lagi calon Bebas di Permatang Pauh yang bertanding diperingkat Parlimen iaitu Dr. Zawawi.

Mereka adalah dua dari 61orang Pemimpin UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas menentang Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.. senarai nama mereka sila lihat di ( SINI )

Ahad lalu, Pasar dan juga Medan Selera Seberang Jaya telah menyaksikan pertembungan antara dua calon yang bertanding bagi Kerusi DUN tersebut, dimana calon dari PKR dan BN telah melakukan kunjungan ke pasar itu.

Calon PKR, Dr. Afif 28 yang merupakan bekas Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang, Negeri Pulau Pinang yang kemudiannya bertukar ke Hospital Sungai Buloh sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher, (biodata lengkap sila baca di SINI ) sebelum itu telah mengagihkan Air Mineral percuma di Tempat Jogging Taman Tunku.

Kemudiannya beliau meneruskan gerakkerja kempen dengan melawat ke Pasar Basah Seberang Jaya, seterusnya kempen beliau diteruskan dengan menyerahkan apron kepada peniaga-peniaga di situ

Mungkin kerana sering melibatkan diri dalam banyak program anjuran AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, kehadiran beliau kelihatan disenangi oleh berbagai lapisan masyarakat peniaga disitu..


Kumpulan yang mengiringi Dr. Afif telah bertembung dengan Kumpulan yang mengiringi Calon UMNO Datuk Mohammad Nasir.

Bagaimanapun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku cuma disini Calon UMNO memperlihatkan sikap sombongnya seperti yang dinyatakan oleh ramai Ahli UMNO sendiri dengan tidak mahu bersalam dengan calon PKR..

Mungkin title 'Datuk' yang dimilikinya menjadikan beliau sombong..

Setelah selesai program Dr. Afif di medan Selera tersebut beliau dan kumpulannya meninggalkan Medan Selera tersebut..

Dan Datuk Mohammad Nasir serta kumpulannya meneruskan kempen mereka dari Medan Selera itu menuju ke Pasar Basah pula..

Satu insiden yang memalukan telah menimpa Calon UMNO/BN bagi kerusi DUN Seberang Jaya (N10) di pasar basah Seberang Jaya, pagi itu..

Dimana beliau telah di 'Booo' oleh peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar tersebut..

Menurut beberapa peniaga.. "Sebelum Nasir ini dilantik menjadi Calon.. jumpa orang pun tak mahu senyum, sekarang dah jadi calon baru terhegeh-hegeh nak senyum.."

"Rumah dia bukan jauhpun dari sini.. pasal apa sebelum ini dia tak boleh nak luangkan masa berjumpa kami?.. dah nak mengundi baru ingat kami.. belahlaaa..."

Malah ada yang mengatakan " Aku penyokong UMNO.. kalau Ariff Shah bertanding aku akan undi UMNO/BN.. kalau Datuk ni.. kirim salam la..."

"Ariff Shah dulu ADUN.. dia tu (Datuk Nasir) baru Timbalan Ketua UMNO Bahagian.. tu pun menyombong nak mampuih.." tambah seorang lagi peniaga.

Insiden yang telah berlaku itu membuktikan calon pilihan Najib untuk DUN tersebut yang sebelum ini disandang oleh UMNO/BN sememangnya tidak disukai oleh kebanyakkan masyarakat di situ dan ianya telah disuarakan oleh peniaga-peniaga di pasar tersebut...

Jadi.. buat semua penduduk Sebarang Jaya.. UNDILAH CALON PKR!!.. Jangan biarkan manusia yang sombong dari UMNO itu menjadi Wakil Rakyat anda...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.