Mubarak Selangor kesal Mat Taib sertai Pas
SHAH ALAM
- Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor melahirkan rasa
terkejut dan kesal dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Muhammad Muhd Taib menyertai Pas berkuat kuasa hari ini KERANA JAHIL TAKDIR
Mari kita tinjau mafhum ayat quran dibawah ini:
Pada surah al-Kahf
(18) ayat ke 17, berfirman, "Barang siapa yang diberi petunjuk oleh
Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang
disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat
memberi petunjuk kepadanya."
Sedangkan surah
al-A'raf ayat ke 286, berfirman, "Barang siapa yang Allah sesatkan,
maka ia tidak memiliki orang yang akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan
mereka terombang-ambing dalam kezaliman mereka."
Demikian juga pada
surah al-Zumar ayat ke 36-37, Tuhan berfirman, "Dan barang siapa
yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun yang menjadi pemberi petunjuk
baginya. Dan barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang
pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai
(kekuasaan untuk) mengazab?"
Berdasarkan ayat yang diatas maka jelaslah ahli MUBARAK selain dari Mohd Taib belum lagi dapat petunjuk daripada Allah s.w.t
Mohd
Taib membuat pengakuan sebelum menyertai PAS dia sentiasa berulang ke
surau masjid selama 3 tahun belajar dan berwirid dengan Al Quran, Adakah
ahli MUBARAK juga melakukan sebagaimana Mohd Taib lakukan ? Andainya
ahli MUBARAK lakukan maka sahlah Tuhan tak bagi mereka petunjuk lagi dan
tentu ada dimana-mana yang tidak betul
Pada
paandangan Pak Karamu Mohd Taib ini telah dihijrahkan oleh Allah
daripada fahaman berpuak dan bangsa yang tidak berdasarkan quran dan
hadis, yang dilarang oleh agama dan yang tidak diakui oleh nabi sebagai
umatnya (golongan yang sesat)
Memarahi
Mohd Taib menyertai harakah PAS yang bercita-cita memperjuanggkan agama
Allah menunjukkan mereka telah sesat dengan sesat yang tersangat jauh,
dan jika kita buka ayat Al Quran yang berkait dengan kekesalan mereka
terhadap orang yang mendapat petunjuk daripada Allah ini menunjukkan
golongan yang jahil hukum dan takdir
1 orang berkata:
Jangan puji melangit sangat tuan. Hanya Allah SWT je yang tau keIKHLASan dia masuk PAS. Ambil pengajaran dari bekas ADUN Bota.
Post a Comment