Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Muhiden anak lelaki Yasin kena sawan politik

Muhiden berpolitik macam budak-budak, tidak profesional langsung, ade ke suruh pr mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan 200 produk 1 Malaysia sebagai relaven ? Tak cerdik langsung ! Pak Karamu
Muhyiddin cabar pembangkang keluarkan kenyataan hapus produk 1Malaysia

21 April 2013
MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar pembangkang mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan lebih 200 produk 1Malaysia yang sudah diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum kali ini.

Muhyiddin berkata, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menjawab dan memperjelaskan kepada rakyat bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai bantuan lain yang dihulurkan BN kepada rakyat adalah tidak berguna dan tidak memberikan apa-apa faedah.    

"Rafizi sudah buat kenyataan, dia kata kalau kami (pembangkang) menang, kami akan hapuskan BR1M.

"Ada 200 jenis produk 1Malaysia, apakah pembangkang boleh buat kenyataan untuk hapuskan kalau mereka menang, minta Rafizi dan Guan Eng jawab," katanya berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sri Pantai, Jalan Junid, di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin pembangkang sudah tentunya tidak akan menjawab mengenai perkara itu dan sekiranya mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, maka amat jelas produk dan dasar-dasar yang sudah diperkenalkan kerajaan selama ini terbukti benar dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.    

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan termasuk pemberian subsidi sudah terbukti mensejahterakan rakyat dan sehubungan itu, tiada sebab untuk rakyat memilih pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan akan meneruskan bantuan dan program-program memajukan sektor perikanan bagi meningkatkan hasil keluaran dan taraf hidup nelayan.

Beliau berkata peningkatan hasil amat penting bagi menampung keperluan masyarakat yang semakin bertambah supaya bekalan tidak terjejas sekiranya berlaku krisis atau malapetaka.

Pada majlis berkenaan, Muhyiddin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh turut memperkenalkan calon BN yang akan bertanding kerusi Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim serta calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Maharani Datuk Zulkhairi Ahmad dan Dun Sungai Balang Zaiton Ismail kepada pengundi yang hadir yang kebanyakannya terdiri daripada golongan nelayan.

Beliau kemudian turut menyampaikan bantuan enjin bot kepada nelayan sebelum menghadiri jamuan sarapan pagi bersama mereka.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.