Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUKA SYAITAN YANG DIKENALI

ALAMA  UMNO YANG PENDUSTA, LIHAT BAWAH ATAS KUASA SIAPA YANG LULUSKAN KALIMAH ALLAH TERSEBUT ?

09 April, 2013

Biadap!! Abdullah Saamah Gelar Tuan Guru Nik Aziz 'Umat Syaitan'

Satu perhimpunan oleh sekumpulan guru sekolah pondok membuat ketetapan bahawa umat Islam haram mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana gabungan parti itu didakwa menyokong pluralisme agama.

Laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini memetik deklarasi berkenaan yang diumumkan oleh pengerusi persidangan tersebut, Harun Yahya.

Harun yang juga pemimpin kumpulan anti-PAS, Minda Pondok, dalam laporan itu berkata, peserta persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lainnya berpendapat, perjuangan Pakatan “sesat dan menyesatkan”.

“Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong PAS, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah,” katanya seperti dikutip dalam laporan itu.



Laporan berkenaan tidak menyebut jumlah perwakilan yang hadir ke persidangan yang berlagsung sejak hari Sabtu di Gurun, Kedah.

Satu lagi laporan di halaman sama memetik kenyataan penasihat Minda Pondok, Abdullah Sa'amah yang menggelar mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai individu yang takbur dan taksud dengan fahaman parti.

Abdullah yang mengenakan serban berwarna merah dan baju merah jambu dalam gambar bersama laporan itu juga mendakwa golongan yang taksub dengan fahaman parti politik tidak diakui sebagai umat Nabi Muhammad.

“Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

“Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,” kata Abdullah Sa'amah seperti dipetik Utusan.

Bekas anggota PAS itu pada awal bulan ini mengunjungi bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu dan juga ke atas Umno.

"Kami juga yakin bahawasanya tidak ada perjuangan lain untuk keselamatan orang Melayu dan orang Islam melainkan bersama dengan Umno dan BN," katanya seperi dipetik dalam laporan Bernama. ~mkini

1 orang berkata:

Anonymous said...

cuba korang 'check' tengok samada orang tua ni ada membuntingkan anak dara/janda/isteri orang tak ? atau ada sesiapa yang pernah kena kencing/tipu/rompak ngan dia ni, atau cube periksa tabung masjid/surau dimana dia yang menguruskan - hilang tak duit tu ? atau pun cuba 'check' tabung kuil hindu, kuil buddha, gereja atau tabung kebajikan untuk orang asli.. takut-takut dah kena sapu.., sebab sejarah telah berkali-kali membuktikan sesiapa saja boleh terlepas dari undang-undang bila isytihar menyokong umno secara terang-terang atau tidak...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.