Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Mustapa calon MB Kelantan?
Wartawan Sinar Harian
17 April 2013
Mustapa Mohamed
Dato’ Seri Mustapa Mohamed
KOTA BHARU - Siapa bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN menawan negeri ini hampir pasti apabila Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dicalonkan di dua kerusi.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, diletakkan di Dun Air Lanas dan kawasan yang disandangnya, iaitu Parlimen Jeli.

Kerusi Dun Air Lanas ditandingi Setiausaha Politiknya, Dr Azmi Setapa, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Bagaimanapun, tindakan BN mengekalkan Adun Pengkalan Kubur Norzahidi Omar dari berhijrah ke Parlimen Tumpat itu juga dikaitkan dengan jawatan Menteri Besar Kelantan.

Mustapa berkata, isu calon menteri besar tidak berbangkit kerana kesemua calon yang akan bertanding pada PRU13 berkelayakan.

“Perkara itu tidak berbangkit kerana kita ada 45 tokoh dan kesemuanya layak menjadi menteri besar. Mereka terdiri daripada tokoh ulama, guru, veteran. Semua mereka layak, bukan saya seorang sahaja.

“Jadi biarlah rakyat yang menentukan, bukan kita,” katanya, sambil menegaskan soal pelantikan menteri besar terletak di bawah bidang kuasa Sultan Kelantan.

Umno Kelantan sebelum ini menyasarkan memperoleh 23 dari 45 kerusi Dun, sekali gus merampas kerajaan negeri di bawah Pas Kelantan, yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak 23 tahun yang lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.