Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB SENDIRI SUDAH HILANG KONFIDEN

Najib: BN boleh bawa perubahan besar jika kekal mandat

11 April 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUANTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional mampu membawa perubahan besar untuk kesejahteraan rakyat, kerana itu rakyat tidak perlu mengubah kerajaan, hanya semata-mata mahukan perubahan.

Perdana menteri berkata, kepimpinan kerajaan BN sejak empat tahun lepas, telah pun membawa pelbagai perubahan dan tranformasi besar yang dinikmati semua pihak.

"Perubahan besar mampu diusahakan kita (BN), jika rakyat hendak buat perubahan. Dan tidak semestinya kerajaan perlu diubah yang baharu, perubahan yang besar boleh berlaku dengan kerajaan yang sama," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini hari ini.

UTC bernilai RM37 juta itu ialah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar dalam satu pusat sehenti.

Perdana menteri berkata apa yang penting kepada rakyat sebenarnya bukanlah untuk mengubah kerajaan, tetapi mengecapi dan menerima perubahan yang dilaksanakan kerajaan BN.

"Perubahan bukan untuk ubah kerajaan, perubahan yang dituntut itu kita (BN) mampu laksanakan," katanya.

Najib berkata, rakyat perlu bijak menilai pakatan pembangkang yang kononnya mahu membuat perubahan sedangkan kepimpinan mereka tidak pernah sependapat dalam pelbagai perkara.

"Rakyat harus tanya, pihak yang kononnya nak bawa perubahan ini, mampukah mereka bawa perubahan? Macam mana nak bawa perubahan kalaulah dalam satu kumpulan itu ada tiga nakhoda?" katanya sambil disahut laungan 'karam' oleh kira-kira 30,000 orang yang hadir pada majlis berkenaan.

Perdana menteri berkata rakyat juga perlu bijak menilai rekod prestasi pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelum ini pernah berada dalam kepimpinan kerajaan.

"Kita mesti tanya apa dia penilaian kita, menilai pengalaman dan rekod prestasi, apa dia buat, apa hasilnya bila berdepan krisis, itu patut kita tanya," katanya.

Najib berkata, pakatan pembangkang juga kini bercelaru dalam menentukan calon-calon mereka untuk pilihan raya umum ke-13 nanti, dan rakyat perlu bijak menilai apa yang akan berlaku sekiranya mereka diberi mandat.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

UTC Pahang disiapkan dalam tempoh lima mingggu dan dilihat perkhidmatannya memberi kesan besar kepada rakyat.

Ia dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi sehingga 10 malam.

Perdana menteri berkata, Malaysia ialah satu-satunya negara di dunia yang menyediakan perkhidmatan kerajaan dan swasta sehingga 10 malam.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.