Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nik Aziz: Umno-BN tadbir ala komunis
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 April 2013
Bicara Cinta Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengamalkan pemerintahan ala komunis apabila kerajaan negeri pimpinannya iaitu Kelantan dinafikan hak daripada sebarang publisiti media kerajaan.

"Kami kerajaan di Kelantan, kami tak pernah diberi ruang di radio, TV. Ini bukan demokrasi, ini komunis," katanya pada program Bicara Cinta Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi terbitan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.Dalam ucapannya, Nik Aziz mengingatkan kepada rakyat Kelantan supaya pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tegasnya, mengundi adalah salah satu daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.

Hidup ini katanya, memerlukan kaedah dan antara kaedah ciptaan manusia adalah pilihan raya yang diadakan bagi menentukan barisan kepimpinan di negara ini. Namun katanya, dalam pilihan raya, tidak seharusnya ada paksaan.

Rakyat, kata beliau, harus diberikan ruang selebar-lebarnya untuk memilih barisan kepimpinan yang mereka yakini.

"Saya minta kepada rakyat Kelantan, kita negara demokrasi mesti keluar mengundi. Kerajaan ini dibuat oleh manusia. Semua manusia diminta mengundi. Jangan ada paksaan. Jangan ada paksaan raya," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Aziz turut menekankan sebagai umat Islam, manusia perlu patuh kepada pencipta-Nya.

"Kita kena sedar, kita menumpang," kata Nik Aziz.

Pemimpin yang dilahirkan pada tahun 1931 ini kemudiannya membicarakan definisi cinta dalam konteks kehidupannya. Nik Aziz merupakan menteri besar Kelantan sejak tahun 1990.
Kelantan merupakan negeri yang menjadi lambang kekuatan Pas.

Pada PRU13, Kelantan adalah negeri yang menjadi sasaran utama Umno-Barisan Nasional untuk menawan kembali negeri kubu kuat Pas itu. Menggunakan slogan "Bo La Wei" dan "Tukar", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri itu dapat dikembalikan kepada Umno-BN.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.