Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Oghang kedah lok lak

Amiruddin: ‘Apa? Saya calon MB Kedah?’
MUHAMAD MAT YAKIM
14 April 2013
Ir Amiruddin Hamzah
Ir Amiruddin Hamzah
ALOR SETAR - Anggota Exco Kerajaan Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah tidak tahu menahu mengenai cakap-cakap bahawa namanya ‘naik’ sebagai calon menteri besar yang baru jika Pakatan Rakyat (PR) kekal berkuasa di negeri ini selepas PRU13.

Menurut Amiruddin, beliau sendiri tidak pasti sama ada akan terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya ini, mengulas spekulasi mengenai namanya disebut-sebut sebagai calon menteri besar adalah sesuatu yang baginya terlalu jauh daripada jangkaan.

“Saya tak tau (spekulasi sebagai calon menteri besar), saya tak dengar. Sama ada saya akan terus dicalon atau tidak pun saya tak tau,” katanya ketika ditemui di Markas Besar Pas Anak Bukit, semalam.

Bekas jurutera Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) itu mula bertanding pada pilihan raya kecil Dun Anak Bukit menggantikan tempat Presiden Pas pada masa itu, Datuk Fadzil  Noor yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin. Pada pilihan raya umum 2004, beliau berjaya mengekalkan kerusi itu.

Apabila PR berjaya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya 2008, Amiruddin dilantik sebagai anggota Exco hingga penggal berakhir.

Tarikh mengundi kali ini, iaitu 5 Mei juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia jatuh pada ulang tahunnya yang ke-51.
Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian dalam kalangan pemerhati politik termasuk sumber dalaman Pas mendapati nama Pengerusi

Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan, Kerjaraya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga Industri dan Pelaburan itu menduduki senarai teratas calon Menteri Besar Kedah yang baru jika Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak bertanding lagi atau tidak dilantik semula selepas pilihan raya ini.

Ditanya pandangannya mengenai keupayaan Azizan untuk dikekalkan sebagai ketua kerajaan, Amiruddin berkata, beliau tidak nampak sebarang halangan untuk Pesuruhjaya Pas Kedah itu terus diberi kepercayaan.

“Kelmarin (Khamis) kita ada program Sawah Gemilang di bawah portfolio saya di Kuala Muda. Beliau (Azizan) turun dan kelihatan cergas. Saya tidak nampak atas sebab apa Ustaz Azizan tidak layak.

“Kalau kita nak kira, Gus Dur yang tidak nampak dan perlu diberitahu itu ini pun masih boleh jadi presiden untuk negara sebesar Indonesia. Ini (Azizan) tak sampai macam itu pun,” katanya. 
Selain Amiruddin, turut disebut layak untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kedah yang baru termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika ditemui kelmarin bagaimanapun menafikan beliau akan bertanding kerusi Dun Bukit Pinang bagi membolehkannya dilantik ke jawatan itu.

* Dapatkan Sinar Harian edisi hari ini untuk mengikuti berita menarik berkaitan PRU13
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.