Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

oooooo ! Baru Faham, Mengapa calon bertindih

TAKUT DISENGAT DUA KALI PADA SATU LUBANG !

 Monday, April 22, 2013

Pemuja Carl Marx dicalonkan PKR punca pertindihan - TG Hj Hadi

Petikan seketul-seketul perkataan yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi dalam video di bawah

Ada orang kata..... ni pemberita nak ambik berita boleh lah... Macam mana nak menyelamatkan negara Pas dok berlawan dengan keadilan...bertindih parti pasal apa....PAS bertindak bertanding di beberapa tempat. Berlakunya pertindihan ini kerana nak menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak. Perintah sekejap... PAS mempunyai jentera-jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya. Tetapi kalau ada calon yang kita khuatir.. calon yang tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku.. maka PAS mesti bertindak.... hingga berlaku pertindihan.

Di Johor berlaku pertindihan kerana... sebabnya kita tunggu rakan kita mari dak mari masuk nama calon.... sikit lagi nak abis (masa) nak tamat... tak mari-mari. Kita stand by takut menang tak bertanding. Kerana ada hok jual ni... hok jual calon ni adaaa..... PAS terpaksa bertanding . Bila PAS masuk barulah dia masuk. Ha  ini dia ceritanya.

Ada calon-calon yang kita khuatir... tak perlu sebut di mana-mana...calon-calon yang kita ada maklumatttt... tukang edar pil kuda.... nak jadi calon macam mana? Nak jadi calon macam mana ... tukang edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam niiii.. Terang-terang saya sebut.. keadilan pun tak boleh terima.. tak payah sebut dari mana-mana....

Ada calon yang menjulang gambar Lenin... gambar stalin... macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja. Tak kerjasaman dengan parti stalin ... parti lenin. Ada orang parti Lenin dan Stalin. Menjulang parti Lenin dan Stalin... orang Rusia... Carl Marx... Gambar Carl marx duduk dalam markas.. Nok suruh orang PAS kerja? Carl Marx ni macam nabi muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Carl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?

Inilah sebabnya bertindih bertanding tu.... Itu dia.... Nak menyelamatkan Pakatan Rakyat...Kita tak mahu jadi macam negeri Perak... memerintah sekejap ... jatuhhhhh..

PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat.. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan ... bukan sahaja semasa pilihanraya... keteguhan selepas kita diberi kemenangan oleh Allah S.W.T.. supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat.

Itu penjelasan saya... boleh masuk surat khabo esokkkk...supaya mereka yang tak faham dalam masalah ini boleh faham. mengapa kita bertindak..

Kita tak jadi masalah kerjasama dengan DAP, kerjasama dengan PKR...yang sepenuhnya PKR.. yang sepenuhnya DAP... Tetapi mari (datang) hok kaki-kaki haru ni jadi .............................................(tak clear). Hok ni PAS tak boleh terima.. Kerana kita nok kerajaan yang teguh dan kuat.  Kerajaan yang boleh memerintah sebagaimana yang kita janji dalam buku jingga.- Tuan Guru Haji Hadi
Kalau tak faham sila tonton video di bawah

Siapa calon PKR yang sanjung Carl Marx dan siapa pula yang jual pil kuda?
Semasa mesyuarat nanti TGHH perlu perjelaskan kepada Anwar perilaku calon-calon yang dimaksudkan. Jika PKR mahukan kerusi jangan bagi kerana terang-terang rakyat akan tolak calon yang begini. Jika mereka menang sekali pun, selepas pilihanraya mereka akan mudah dibeli dengan ugutan atas jenayah mereka terutama si penjual pil kuda....  Yang berideologi komunis akan ditangkap. bermakna dua kerusi PR akan rugi.

Di pihak PKR, jika kemenangan menawan Putrajaya menjadi keutamaan sila gugurkan calon-calon tak bermoral ini sebelum jadi barah dalam Pakatan Rakyat.

AYAHANDA MENGAMoK DI HARI PENAMAAN CALoN GoPENGHEGEN

2 orang berkata:

bunbinban said...

Sedap mulut je ulamak ni ngata kat org ye...bagaimana plak calon2 yg di depan cakap lain di belakang cakap lain..lebeh kurang munafik la jugak...x membahaya ke?. Yg munafik ni lgi bahaya sbb kita x tau isi hati dorang. Berpakat dgn munafik lgi bahaya bro..

Anonymous said...

Yang bertindih 7 kawasan. ...1. Dikatakn lewat 2. Dikatakn kominis 3. Dikatakn jual pil....yang 4 lagi tu nak kstakan apa wahai tuan ulamak...baru nak pikir2 ke? Jawapan escapetism nak menyelamatkn air muka, buat tuduhan..bukan ke PKR ada ketuanya...adu je kat ketuanya..ni ambil tindakn sendiri, sejak bila PAS dilantik jadi SB dlm Pakatan Rakyat?..iCam ni nak d calonkn PM..buat di permainkn org je

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.