Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN PRIBADI


KARPAL SINGH KATA MOHD TAIB TIDAK LAYAK SERTAI PAS KATA KARPAL, "INI PANDANGAN PRIBADI SAYA" 



MOHD TAIB KATA HANYA PAS SAHAJA YANG MAMPU MELAKSANAKAN ISLAM DAN MENYATU PADUKAN UMAT ISLAM 




Pandangan Karpal Singh hampir dengan pilihanraya ini mungkin akan menjejaskan perpaduan kerjasama diantara PAS dan DAP akan tetapi disebabkan kenyataan Karpal itu adalah pandangan pribadi maka kenyataan tersebut berlapek, ertinya ia bukan kenyataan DAP, dan kerjasama masih boleh berjalan lancar bagi menghadapi PRU 13 secara bersama

Pandangan pribadi Pak Karamu kemasukkan Mohd Taib ini ada bersebab, salah satu daripadanya ialah demi kesatuan ummah pada bangsa melayu melalui dasar islam, bukan atas dasar bangsa, jika ini yang dia harapkan rasanya semua bangsa melayu perlu menyokongnya, tidak kira apa fahaman orang melayu tersebut, mungkinlah nawaitu Mohd Taib ini akan berhasil ? Bagi Karpal Singh pula nawaitu Mohd Taib ini dicurigai kerana  kerana Mohd Taib menyertai PAS setelah dia agak lama berwirid dengan nas Quran dan dia baru jumpa dengan kebenaran

 Kecurigaan Karpal Singh ternyata  apabila Mohd Taib menyatakan "setelah dia memahami Al Quran maka yang dia nampak hanya PAS sahaja kumpulan yang mampu melakukan kearah perpaduan dan kesatuan ummah melayu kerana dia yakin bahawa apa yang disebut oleh Allah supaya berpegang kepada tali Allah dan jangan berpecah belah iaitu dengan kembali kepada kitab Allah" Apabila kembali kepada kitab Allah maka dasar yang terdapat didalam Al Quran itu wajib dilaksanakan, maka inilah yang ditakuti oleh Karpal Singh terutama melaksanakan hukum hudud

Berhubung dengan kenyataan Karpal ini mungkin Karpal nampak kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang membuat kenyataan bahawa Tuan guru minta DAP menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS, kenyataan ini memungkinkan Karpal mungkin dia nampak nawaitu Mohd Taib ini memberikan kekuatan yang baru pada PAS untuk melaksanakan negara islam, jadi Karpal ada asas untuk mencurigai kemasukkan Mohd Taib kedalam PAS dengan alasan menimbulkan kesah lama Mohd Taib, rasanya ini tidak wajar kerana perangai manusia tidak semestinya kekal sama ada jahat atau baik itu berkekalan

Pak Karamu








0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.