Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penolakan Terhadap Calon UMNO Menjadi-jadi Di Sana Sini


Penolakan terhadap calon Umno di Negeri Sembilan semakin menjadi-jadi sejak dua hari lepas.

Jika kelmarin berlaku bantahan besar-besaran oleh ahli Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol dan DUN Palong, petang semalam berlangsung pula satu lagi bantahan di DUN Lenggeng.

Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang akan bertanding di kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Perkembangan terbaru ini agak mengejutkan kerana Ishak dianggap calon popular di DUN Lenggeng kerana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng selama tiga penggal berturut-turut bermula 1995, 1999 dan 2004 sebelum digugurkan pada tahun 2008 (PRU-12).

Dikalangan orang-orang Umno, Ishak sering dikatakan sebagai seorang yang amat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka pemilihan Ishak sebagai calon PRU Umno DUN Lenggeng memang sudah dijangka sejak dari awal lagi.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Badan Bukan Kerajaan DUN Lenggeng, Mohd Azhari Jasad berkata, mereka bukannya penentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, malah penyokong tegar parti itu namun mereka kecewa dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Umno.

“Bagi kami calon yang dipilih ini bukan calon ‘winnable candidate’ kerana rakyat Lenggeng sendiri tahu bahawa dia pemimpin yang bermasalah.

“Malah golongan muda juga menolak Ishak kerana faktor usia dan ‘trade mark’ sebagai calon ‘kitar semula’ yang sepatutnya tidak melepasi saringan kesihatan dan beberapa perkara lain.

“Pemilihan Ishak akan mengundang kemarahan pengundi DUN Lenggeng yang dikhuatiri akan membawa kekalahan kepada BN,” kata Mohd Azhari.

Mohd Azahari berkata DUN Lenggeng adalah kubu kuat BN dan hidup mati masyarakat di situ adalah bersama BN.

“BN sekarang ini berusaha kuat merampas DUN Ampangan dan DUN Sikamat daripada pembangkang, tapi jangan pula BN hilang DUN Lenggeng ibarat yang ‘dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

’ “Malah satu memorandum bantahan turut akan dihantar kepada Najib yang juga presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari esok (Jumaat),” katanya.

Calon bebas

Sementara itu turut serta menyatakan bantahan adalah Pemuda BN DUN Lenggeng yang turut memberi amaran bahawa calon bebas akan ditampilkan jika BN terus memilih Ishak sebagai calon.

Ketua Pemuda BN DUN Lenggeng, Zool Amali Hussin berkata beliau akan mengambil tindakan keluar parti dan akan menampilkan seorang calon bebas jika Ishak tidak diganti dengan calon baru.

“Kita sudah ada calon bebas dan akan perkenalkan semasa penamaan calon nanti iaitu orang lama dan orang kuat Umno dan lebih baik daripada Datuk Ishak, jika suara kami tidak dilayan.

‘Ini suara akar umbi.

Kami pun bukan suka-suka buat bantahan tetapi kami mahu suara kami didengar oleh pucuk pimpinan parti kerana tidak sewajarnya Ishak dipilih sebagai calon Lenggeng,” kata Zool Amali.

Kandungan memorandum tersebut menghuraikan apakah punca yang akan menyebabkan kekalahan BN di DUN Lenggeng jika Ishak terus dipilih iaitu faktor undi protes yang akan memberi undi kepada calon bebas, undi rosak serta penyokong Umno dan BN tidak mahu keluar mengundi.

Peserta bantahan mempamerkan pelbagai sepanduk seperti ‘Inikah Winnable Candidate untuk DUN Lenggeng? Yang Dipilih oleh PM’,

‘Kami pengundi Lenggeng membantah sekeras-kerasnya’, ‘Dia bukan calon boleh menang’, ‘Dia calon yang akan pecah belahkan undi

Umno di sini’ dan slogan yang paling menarik perhatian ialah ‘DAHJIB – DUN Lenggeng akan hancur jika Ishak Ismail Bertanding’. -FMT


Bekas exco agama tanding Bebas


ALOR SETAR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Fadzil Hanafi mengisytiharkan akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Dun Alor Mengkudu kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon wanita kurang dikenali.

Bekas Adun Alor Mengkudu itu bukanlah muka baru dalam politik kerana memenangi kerusi itu dua penggal dan pernah menentang Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor di kerusi Dun Bukit Raya pada pilihan raya umum 1995.

Dakwanya, calon Dun Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah kurang popular dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan harapan untuk menang amat tipis kerana perlu berdepan calon muda yang lebih berpengaruh, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya bertanding tiket Bebas bukan kerana tidak mendapat jawatan tetapi, sayang pada partiUmno dan BN dan terkilan sikap kepimpinan negeri menafikan hak calon boleh menang.

“Mereka bercakap soal calon ‘winnable candidate’ tetapi dalam masa sama tidak mempedulikan suara akar umbi yang mahu calon disukai rakyat dengan meletakkan calon pilihan sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di Kampung Kelumpang, Jalan Tok Keling, semalam.

Fadzil berkata, pucuk pimpinan tidak mengambil pengajaran terhadap tsunami politik yang melanda Kedah pada 2008 gara-gara pemimpin rakus mahu mempertahankan kedudukan tanpa mengambil kira suara akar umbi.

“Jika diikutkan pada pilihan raya umum kali ini, peluang untuk BN menawan semula Kedah cukup cerah namun, jika tersilap letak calon mungkin akan merumitkan lagi keadaan,” katanya.

Fadzil memilih untuk bertanding Bebas kerana mahu menjadi penyelamat parti dan kehendak akar umbi supaya dapat merampas semula kerusi Dun Alor Mengkudu daripada pembangkang.

“Saya tidak akan keluar dari Umno, jika ditakdirkan menang atas tiket Bebas saya akan kembalikan semula kerusi itu kepada Umno. Penyokong tidak perlu ragu-ragu untuk memberi undi mereka pada calon Bebas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau sedia menarik balik semula borang permohonan calon Bebas jika pucuk pimpinan membuat keputusan untuk menukar calon di kerusi itu pada saat akhir sebelum hari penamaan calon.
-SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.